Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

#PRKTanjungPiai: PH Pembohong, Konon Lebih Baik Sebenarnya Tidak – Dr Shamsul

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tenyata berkata bohong dan sebenarnya tidak ada kemampuan untuk memperkenalkan dasar serta polisi baharu yang lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional (BN), bidas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Tegasnya, PH ketika menjadi pembangkang dahulu kononnya mereka akan menghidangkan rakyat dengan pelbagai idea yang lebih baik ditambah pula sering mengkritik dan memperlekehkan dasar-dasar BN.

“Sewaktu mereka pembangkang, macam-macam perkara yang mereka akan lakukan. Kononnya kalau mereka jadi kerajaan, akan membawa perubahan. Perubahan dari segi ekonomi negara, pendidikan, sosio ekonomi rakyat dan sebagainya.

“Tetapi, apabila mereka menjadi kerajaan, apa yang mereka lakukan? Kalau dalam pendidikan, mana ada satu dasar, polisi baharu? Ingatkan waktu belanjawan pertama (2019) dahulu, tidak apalah sebab baru menjadi kerajaan… kita ingat bila belanjawan yang kedua (2020) , yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat tentu ada satu polisi baharu yang hendak dibawa, sebagaimana yang mereka janjikan dahulu..

“Bila dibentangkan nampaklah jumlah RM64.1 bilion, tetapi apa yang dibentang adalah polisi dan dasar yang kita (BN) buat dahulu yang satu ketika dahulu mereka kritik dan kata tidak betul,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Lenggong ketika memberikan ceramah isu-isu semasa di bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi Ladang South Malaya, di sini malam tadi.

Hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abu Talib, Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba juga selaku Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-layang, Datuk Onn Hafiz.

Antara contoh lain tambah Dr Shamsul adalah agensi yang sering jadi mangsa politik PH iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di mana sehingga sekarang mereka bukan sahaja tidak mampu menunaikan janji-janji sendiri ketika menjadi pembangkang dahulu malah PH tepu dengan polisi baharu hingga kutipan dana semakin merudum dengan teruk.

Kerana itu katanya pada hari ini rakyat sudah semakin sedar terutama golongan yang terpengaruh dengan janji-janji palsu PH semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu hingga memberi undi kepada mereka.

“Sebab itu rakyat yang terpengaruh dengan janji-janji palsu mengundi mereka.

“Hari ini apa dapat? Tidak dapat sebagaimana yang dijanjikan,” tambahnya lagi.

Dr Shamsul juga berkata kemenangan BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah amat penting sebagai signal kepada kerajaan bahawa rakyat semakin menderita berada di bawah tampuk pemerintahan PH.

“Kemenangan BN tidak akan mengubah apa-apa kepada kerajaan hari ini.

“Namun yang penting ialah untuk kita hantar isyarat kepada kerajaan, perdana menteri, menteri kewangan, Menteri Besar Johor bahawa rakyat khususnya di Tanjung Piai ini sudah menderita, tidak merasa selesa dengan cara pentadbiran kerajaan PH,” ujarnya. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...