Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

#PRKTanjungPiai: PH Canang Malaysia Baru Tapi Yang Jadi Malaysia Hari Biru

TANJUNG PIAI, 13 Nov- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tawaran Malaysia Baru oleh Pakatan Harapan (PH) hanya menjadikan negara penuh dengan haru-biru berbanding pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang memerintah dengan menterjemahkan rakyat dalam kehidupan aman harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Katanya, setiap kaum ada hak dalam perlembagaan dan juga ada tanggungjawab masing-masing untuk memelihara negara ini kerana negara ini milik semua.

Kita menghormati semua kaum dan agama, bangsa teras Melayu Bumiputera, induknya Islam tetapi semua agama kita hormati. Semua kaum berhak mempertahankan hak mereka dan jangan cuba usik hak masing-masing. Inilah ikatan dalam perlembagaan.

“Tak timbul kita memperjudikan hak masing-masing… tak pernah… UMNO tak pernah cabar mengambil hak orang lain, orang Cina pun tak pernah mencabar sebelum ini.

“Apabila Pakatan PH menjadi kerajaan dan mencanang-canangkan seantero Malaysia nak menjadikan Malaysia Baru konon… rupa-rupanya haru-biru. Kita nak selamatkan negara ini, kita sayangkan Malaysia tetapi bukan Malaysia Baru yang haru-biru tetapi Malaysia dengan acuannya yang asal,” katanya dalam ceramah pada Pentas Pemuda Bangkit Kembali di ‘port’ Orang Muda Johor Jalan Kampung Parit Pasir malam tadi.

Hadir sama Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Nicole Wong; Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, R. Thinalan; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin; Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Pesuruh Jaya PAS Johor, Abdullah Husain dan calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Sebelum itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin menegaskan keharmonian negara pasti akan diuji dan ujian yang pertama berlaku pada tahun 1969.

Tambahnya, keharmonian yang dibina selama ini tergugat dengan pentadbiran Malaysia Baru yang memainkan perkara-perkara bersifat rasis.

“Bila rakyat dah beri kamu peluang, rakyat cuba menerima risiko baru iaitu mengubah kerajaan yang memimpin selama 61 tahun, gunakanlah sebaik-baiknya memerintah… tetapi apa yang dilakukan sekarang adalah merosakkan keharmonian negara.

“Apabila berlaku keadaan yang tidak tenteram maka inilah peluang anasir-anasir dari luar masuk mentadbir dan menjajah negara ini.”

Justeru katanya, sekiranya berlaku keadaan yang tidak tenteram maka akan terjadi pergolakan antara kaum yang kritikal dan akan menyebabkan negara ini hancur.

“PAS mengambil satu keputusan yang sangat penting khususnya untuk keharmonian dan kesejahteraan rakyat untuk bersama dengan BN.

“Walaupun warna kulit kita berbeza dan datangnya dari bangsa dan agama berbeza tetapi kita mempunyai satu perkara iaitu mahu memperjuangkan anak muda, segala hak anak muda mesti didapati dalam keadaan aman… Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Terdahulu Pentas Pemuda Bangkit Kembali turut dihiburkan oleh kumpulan buskers, orkestra serta pelakon dan pelawak terkenal, Shahrol Azizie atau dikenali sebagai Shahrol Shiro. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...