Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

#PRKTanjungPiai: Peraturan Baru Kempen, PH Peralat SPR Sekat Jentera BN

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ternyata Pakatan Harapan (PH) memperalat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyekat strategi kempen Barisan Nasional (BN) dengan harapan untuk mengelakkan kekalahan teruk parti kerajaan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai kali ini, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Katanya, SPR telah mengeluarkan peraturan baru dipercayai bagi mengekang corak kempen tradisional UMNO dan BN yang semakin mendapat sambutan pengundi di P165 Tanjong Piai.

“Setelah diperalatkan oleh PH yang menjadi parti pemerintah, peraturan baru SPR itu antaranya mahukan supaya kempen merayu undi dari rumah ke rumah hendaklah mendapat permit dari pihak polis terlebih dahulu.

“Peraturan baru ini jelas bertujuan mahu mengekang pergerakan jentera kempen BN dan Muafakat Nasional yang semakin rancak dan mendapat sambutan hangat pengundi di Tanjung Piai.

“Peraturan ini tidak pernah wujud dalam 14 pilihan raya umum, beberapa pilihanraya negeri, dan beratus pilihan raya kecil kecil sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, merayu undi dari rumah ke rumah adalah antara gerak kerja paling berkesan dan dapat dijayakan dengan begitu baik oleh jentera UMNO, melalui Jalinan Rakyat (JR).

“Berkempen secara tradisi ini memerlukan sikap tabah, cekal dan yang paling penting punya semangat pejuang. Hanya yang kuat dan cekal saja yang mampu menguruskan corak kempen ini. Sikap ini telah lama tertanam dalam diri pendokong setia UMNO, tetapi sikap ini tidak wujud dalam diri kalangan pemimpin dan jentera PH, khususnya Bersatu.

“Hairannya kebanyakan pemimpin, ahli dan pengikut Bersatu itu adalah bekas ahli UMNO. Takkanlah mereka tak pernah lalui dan sertai kempen tradisional yang sudah lama diamalkan oleh UMNO?”

Soal beliau lagi, bukankah corak merayu undi rumah ke rumah ini juga pernah mereka lalui ketika bersama UMNO dulu?

“Jawapannya ada pelbagai. Sama ada Bersatu telah mencuba tetapi tak ada sambutan dari jentera kempen sendiri yang lemah, tidak mendapat sambutan daripada pengundi dan dilayan secara hambar di mana saja mereka pergi kerana pengundi tak mahu menghidu bau hancing akibat janji-janji PH yang telah dikencing.

“Paling mereka tidak tahan apabila pengundi mendapat peluang bersemuka, mengasak dan mengkritik keputusan dan dasar kerajaan yang dianggap amat gagal dan janggal. Itulah yang dilalui oleh MB Perak Faizal Azumu dan calon PH dalam video yang tular beberapa hari lalu.”

Jelasnya, mereka yang meninggalkan UMNO itu sebenarnya tidak punya darah pejuang dan dalam diri mereka hanya ada darah mengintai peluang untuk tembolok sendiri.

“Sikap inilah yang menyebabkan mereka meninggalkan UMNO dan sanggup menjadi katak melompat ke sana sini serta mengkhianati mandat dan undi rakyat.

“Peraturan baru ini juga bertentangan dengan norma hidup bermasyarakat, khususnya di kalangan orang Melayu yang sejak berzaman mengamalkan konsep ziarah. Amalan baik ini boleh terjejas kerana bimbang perbualan dianggap ada unsur kempen politik.”

Ujar beliau, PH gagal teruk pertahankan Semenyih kerana mereka tidak mampu bersaing dengan jentera bergerak UMNO dan begitu juga situasinya di PRK Cameron Highlands dan Rantau menyebabkan PH tewas.

“Jika strategi ini berjaya, tidak hairan peraturan yang sama akan kekal sehingga PRU15 nanti.

“Para pengundi di Tanjung Piai perlu menolak peraturan tidak matang ini di kertas undi pada 16 November ini dengan cara menolak calon PH dan mengundi calon BN di petak 2,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...