Monday, June 5, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

[Video] #PRKTanjungPiai: Penamaan calon hari ini, penganalisis lihat peluang BN lebih cerah

PONTIAN – Penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai berlangsung pagi ini dengan penganalisis politik berpandangan bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang lebih cerah berbanding Pakatan Harapan (PH), perkembangan yang mendapat perhatian dalam dan luar negara.

Kamarul Zaman Yusof dari Universiti Utara Malaysia berkata, BN berpotensi untuk merampas balik kerusi itu walaupun mengekalkan calon MCA yang dilihat kurang mesra PAS di kerusi majoriti Melayu.

“Faktor PAS tidak besar di Tanjung Piai, jadi isu seperti penentangan calon BN, Wong Jeck Seng ke atas RUU 355 tidak memberi impak besar ke atas pola pengundian,” katanya kepada FMT merujuk kepada rang undang-undang bagi menambah kuantum hukuman Mahkamah Syariah.

Setakat ini, lima parti menamakan hasrat masing-masing untuk turun gelanggang. Selain PH dan BN, Gerakan, bekas anggota komponen BN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan bebas mahu bertanding.

BN diwakili Wee Jeck Seng, PPBM (Karmainie Sardini), Gerakan (Wendy Subramaniam), Berjasa (Badhrulhisham Abdul Aziz) dan bebas diwakili Pengasas Big Blue Taxi Services, Shamsubahrin Ismail.

Proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

PAS berharap Berjasa yang mahu bertanding akan menarik balik hasrat itu bagi menghormati kerjasama dengan parti Islam itu di bawah Gagasan Sejahtera.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin berkata, Berjasa yang berada di bawah Gagasan Sejahtera bersama PAS dan Ikatan adalah terikat dengan kerjasama dalam gagasan itu.

Katanya, PAS pula menghormati keputusan BN untuk meletakkan calon dari MCA berikutan kerjasama menerusi Piagam Muafakat Nasional bersama UMNO.

Mengulas lanjut, Kamarul berkata pemimpin BN dilihat menggunakan strategi serampang dua mata dengan menurunkan Wee.

Beliau berkata strategi pertama ialah mempertaruhkan populariti dan jasa Wee yang menjadi ahli Parlimen selama dua penggal di Tanjung Piai.

“Strategi kedua ialah untuk membuang imej Muafakat Nasional sebagai pakatan yang rasis untuk jangka panjang walaupun Wee mungkin kalah.

“Dengan mood pengundi bukan Melayu yang agak negatif kepada PH mutakhir ini, tidak mustahil sebahagian mereka akan mengundi BN atau Gerakan,” katanya.

Kamarul berkata kemasukan Berjasa tidak memberi kesan walaupun calonnya berwibawa dan ada PhD kerana budaya politik di Malaysia ialah undian dibuat atas dasar parti.

Beliau berkata mungkin kemasukan Berjasa akan menguntungkan BN kerana Berjasa boleh melarikan undi protes Melayu yang patut pergi kepada calon PH.

“Walaupun BN kalah atau menang, Muafakat Nasional tetap menang dari segi moral untuk jangka panjang atas keberanian mengikis imej perkaumannya.

“Calon bebas pula sekadar mahu mengambil peluang menyuarakan isu membabitkan golongan mereka sahaja,” katanya.

Kerusi Tanjung Piai kosong berikutan kematian Md Farid Md Rafik pada 21 Sept lalu. Wee tewas kepada Farid dengan perbezaan 524 undi.

Seramai 57% pengundi di Tanjung Piai adalah Melayu, diikuti Cina (42%), dan India (1%).

Sementara itu, Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia menjangkakan BN mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding calon-calon lain.

Beliau berkata mengambil kira, besar kemunginan undi penyokong PAS akan berpihak kepada calon BN dan mengguna andaian tiada perubahan mendadak sejak PRU-14.

“Hakikatnya adalah pertembungan antara dua calon iaitu BN dan PH adalah tumpuan sebenar.

“Ini kerana calon Gerakan walaupun penampilan calon yang mempunyai kriteria cemerlang terutama sebagai nafas baru senario politik Malaysia, tetapi sayang sekali dijangkakan tawaran yang dibuat oleh Gerakan sukar untuk bergerak jauh,” katanya.

Azmi bagaimanapun berharap pengundi Tanjung Piai mempamerkan cita rasa agak berlainan dengan memberi peluang kepada calon Gerakan.

Tetapi beliau berkata malang sekali pengaruh Gerakan sama ada di Johor atau lebih-lebih lagi di Tanjung Piai adalah amat sedikit.

“Sebab itu saya jangkakan pertembungan antara BN dan PH adalah pertandingan sebenar dan jika ditinjau senario politik semasa, ianya akan menjadi sengit dan sukar untuk menentukan pihak mana yang akan ke hadapan,” katanya.

Peluang sama rata

Manakala Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata peluang sama rata antara parti yang bertanding tetapi tumpuan lebih kepada BN dan PH.

Beliau berkata calon-calon BN dan PH ada kredibiliti di Tanjung Piai.

“Calon BN lulusan PHD universiti tempatan, manakala PH ada kelulusan akademik juga.

“Kedua-dua calon ini tidak ada ‘baggage’ politik, skandal atau bebanan politik lain,” katanya.

Beliau berkata dari segi peluang gabungan, undi BN dan PAS berdasarkan PRU lalu.

“Jika sentimen masih sama, maka jumlah undi BN kali ini akan bertambah. Ini atas kertas namun politik sifatnya dinamik.

“Kini PH sudah menjadi kerajaan negeri dan kerajaan di Putrajaya,” katanya.

Awang berkata PH sudah pasti akan memanfaatkan jentera negeri dan Putrajaya secara lebih berkesan untuk meraih undi dengan lebih banyak.

Beliau bagaimanapun berkata beban PH ialah isu manifesto mereka yang masih banyak belum dilaksanakan dan tidak mampu dilaksanakan.

“Ekonomi rakyat meruncing, kos hidup yang tinggi, peluang pekerjaan, isu Melayu dan perpaduan rapuh, selain isu setempat seperti jalan raya kurang selenggara, masalah sosial dan jenayah.

“Walaupun apa pun manifesto, pengundi tetap pesimis kerana manifesto lama masih kurang tertunai dan dianggap bukan kitab suci,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...