Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

#PRKTanjungPiai: Pembangkang usul cabar tindakan SPR di Parlimen

Ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menggesa agar parti-parti politik mendapatkan permit bagi mengadakan kempen rumah ke rumah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, pembangkang hari ini akan mengutarakan satu usul berkenaan isu itu esok.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usul berkenaan telah dihantar ke pejabat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, dan menunggu kelulusan daripada pihak Parlimen.

“Dari pihak pembangkang kita akan ambil tindakan.

“Pertamanya, esok melalui Tanjung Karang (Tan Sri Noh Omar), beliau akan bentangkan usul di Parlimen dan kita juga akan bawa kes ini ke mahkamah untuk mencabar tindakan dilakukan SPR,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Malah menurut Ahli Parlimen Bera itu, pihaknya telah menghubungi peguam BN untuk mencabar tindakan SPR di mahkamah.

“Kita juga telah menghubungi peguam kita untuk mencabar tindakan dilakukan ke SPR.

“(Bila nak saman di Mahkamah?) Segera, kita tunggu selesai PRK dulu.

“Saya percaya tindakan ini dilakukan SPR, mungkin kerana melihat bahawa besar kemungkinan PH akan kalah jadi diperkenalkan peraturan menyusahkan ini bagi membantu kerajaan.

“Maknanya SPR seolah-olah menjadi alat kepada kerajaan dan tidak lagi bebas,” katanya lagi.

Dalam sidang media sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan SPR itu perlu dibawa ke sidang Dewan Rakyat dahulu sebelum keputusan itu dibuat.

Malah katanya, pelaksanaan itu turut perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“SPR perlu berjalan mengikut peraturan sedia ada, jangan buat peraturan baru yang saya fikir menyusahkan orang ramai. Takkan nak pergi rumah-rumah, berapa ratus rumah kita ziarah, kena minta permit.

“Berapa ratus permit polis perlu keluarkan. Biarlah munasabah peraturan tersebut dan kita harapkan, kita minta supaya SPR menarik balik larangan tersebut serta-merta kerana ia bercanggah dengan Akta Pilihan Raya sedia ada,” katanya.

Pembangkang hari ini tidak puas hati dengan kenyataan Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun yang memberi peringatan bahawa kempen yang dibuat dari rumah ke rumah, perlu mendapat permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ia juga merupakan suatu bentuk berkempen.

Katanya, program tinjauan mesra (walkabout) yang turut dianggap sebagai kempen bergerak, perlu mempunyai tempoh masa dan lokasi yang jelas bagi tujuan pemantauan.

Tegasnya, semua parti atau calon terlibat diingatkan agar mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan bagi aktiviti berkempen khususnya melibatkan permohonan permit kempen.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...