Di dalam masa satu jam lagi iaitu pada pukul 9 pagi, Maszlee akan sibuk merasmikan Kolej Vokasional Tanjung Piai, Pontian, Johor.
Projek ini adalah antara projek-projek kerajaan dahulu untuk memajukan Tanjung Piai serta negeri Johor.
Terima kasih Maszlee kerana merasmikan projek kerajaan BN dahulu di Tanjung Piai pada masa yang “kebetulannya” ada PRK di Tanjung Piai.
PH ini amat pelik.
Menteri-menteri DAP tuduh kerajaan BN dahulu dan Ahli Parlimen BN masa itu, Wee Jeck Seng gagal memajukan Pontian serta langsung tidak buat apa-apa untuk Tanjung Piai.
Tapi pada masa yang sama DAP buat tuduhan itu, menteri-menteri PPBM pula sibuk merasmikan projek-projek masa BN dan Wee Jeck Seng untuk memajukan Tanjung Piai.
DAP dan PPBM tak ada grup WhatsApp ke?