Saya membaca komen-komen terhadap tulisan Wee Jeck Seng yang sedang disebarkan. Antaranya mengenai tulisan jawi dan kongres maruah Melayu.
Pertama, beliau menjawab tuduhan Lim Guan Eng bahawa MCA hanya alat parti cauvinis UMNO. Maka Wee Jeck Seng menjawab kepada masyarkat Cina bahawa cauvinis itu ada juga dalam Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.
Beliau mahu beritahu bukan UMNO yang cadang tulisan khat di sekolah Cina atau anjur kongres Maruah Melayu.
Malangnya, saya dapati calon ini tidak pandai menjawab isu menyebabkan dirinya diputar belit.
Kedua, Ini adalah kelemahan BN yang saya tulis pada minggu lalu secara tersirat. Kepimpinan BN sendiri tidak ada naratif yang jelas dalam kempen ini. Kebanyakannya syok sendiri dan main belasah sahaja.
Saya tidak tahu bagaimana dan apa kaedah BN dalam memberi panduan dan mengawal naratif untuk calon. Saya rasa tiada sesiapa pun merancang naratif kempen dan menyediakan calon dengan idea-idea yang menyenangkan hati pengundi.
Ketiga, api kemarahan ini ditiup oleh penyokong Berjasa. Pandangan saya mudah, jika menyokong Berjasa akan memberi kebaikan kepada orang Melayu dan rakyat keseluruhan sokonglah.
Namun pada saya Berjasa tidak ada peluang menang. Mereka hanya mahu mengurangkan undi orang Melayu yang benci PH daripada pergi kepada BN.
Manakala kekalahan BN bukan sahaja merugikan rakyat keseluruhan malah akan menjejaskan proses kebangkitan semula UMNO.
Jika ada orang Melayu rasa Berjasa boleh menjaga kepentingan Melayu dan memgambil alih pentadbiran negara dalam PRU15 nanti, sokonglah.
Keempat, saya ini tidak berapa pandai tetapi sentiasa perasan pandai. Jadi saya menyampah baca saranan-saranan para cerdik pandai Melayu di Facebook bercakap soal Melayu dan Islam sampai tidak berpijak pada realiti.
Ab Jalil Backer