Tuesday, July 27, 2021

#PRKTanjungPiai: Apa Relevan SPR Keluar Arahan Baru. Patutnya Tumpu Isu Beri Wang – Noraini

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
1,044,071
Kes keseluruhan
Updated on Jul 27, 2021 @ 23:00 23:00
170,224
Total active cases
Updated on Jul 27, 2021 @ 23:00 23:00
865,439
Sembuh keseluruhan
Updated on Jul 27, 2021 @ 23:00 23:00
8,408
Jumlah kematian
Updated on Jul 27, 2021 @ 23:00 23:00

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mempersoalkan apakah keperluan dan relevannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan arahan baru agar kempen rumah ke rumah perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelas ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad, ini adalah pilihan raya dan tidak sepatutnya SPR tiba-tiba mengeluarkan arahan baru seakan cuba menyekat kebebasan berkempen.

“Tindak tanduk SPR ini amat mendukacitakan. Sepatutnya bukan hal remeh ini yang diketengahkan oleh SPR kerana ada isu pelanggaran akta pilihan raya yang lebih penting untuk SPR jawab seperti isu memberi wang.

“Adakah kerana melihat momentum pilihan raya Tanjung Piai cenderung kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) maka SPR ‘terpaksa’ dan ‘dipaksa’ untuk melakukan sesuatu bagi mengekang situasi ini,” ujar beliau melalui satu kenyataan media, hari ini.

Justeru, Noraini berharap agar SPR bersikap telus dan belajar apa maksud ‘berkecuali’ kerana SPR adalah satu badan bebas yang tidak sepatutnya dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata, semua parti dan calon yang bertanding dalam PRK Parlimen Tanjung Piai perlu mendapatkan permit bagi kempen yang dibuat dari rumah ke rumah.

Katanya semua parti atau calon terlibat diingatkan agar mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan bagi aktiviti berkempen khususnya melibatkan permohonan permit kempen. – UMNO ONLINE

Artikel berkaitan