Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

#PRKTangjungPiai: MCA bukan rasis macam parti lain – Wee Ka Siong

PONTIAN – MCA mempunyai kelainan sedikit berbanding parti lain yang kononnya mewakili masyarakat Cina di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, MCA mewakili majoriti masyarakat Cina yang bukan bersifat rasis dan masih berjiwa anak Malaysia.

Buktinya, beliau menegaskan MCA menyokong apa jua kerjasama berlandaskan perlembagaan negara termasuk Muafakat Nasional antara rakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), UMNO bersama Pas yang dikecam Pakatan Harapan (PH).

“Dalam BN, kita sentiasa tekankan kepelbagaian dan kesinambungan perjuangan antara satu sama lain.

“Kita juga hendak nyatakan sebarang kerjasama (rakan parti komponen) berlandaskan perlembagaan akan disokong.

“Sebab itu saya kata MCA lihat Muafakat Nasional tiada masalah… bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah perdana BN sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Kampung Rimba Terjun di sini hari ini.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan; Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad.

Ka Siong berkata, MCA juga bukan seperti DAP kerana tidak pernah memperlekehkan institusi kaum Melayu dan Islam.

“Dalam masyarakat majmuk, kita kena wujudkan keharmonian dan kekalkan keamanan, itu khazanah paling bernilai,” katanya.

Mengenai peluang calon BN dari MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng untuk menang dalam PRK pada 16 November ini, MCA merayu sokongan semua pengundi Parlimen itu untuk menewaskan calon PH.

Menurutnya, keperluan menjadi suara lantang dalam Parlimen adalah penting untuk mendesak kerajaan PH agar tidak berterusan membuat pusingan U dalam melaksanakan polisi pentadbiran negara.

“Sebab itu tidak kira dasar apa dipegang BN, mahupun Muafakat Nasional, kita perlu jadi pembangkang bermaya dan bersatu dalam menjadi elemen semak dan imbang kepada kerajaan sedia ada.

“Justeru, saya mohon sokongan pengundi kepada calon kerana saya baru seorang wakil rakyat MCA di Parlimen dan kita janji akan jadi wakil rakyat kepada semua kaum,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...