Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

#PrkDUNChini: Kemenangan bakal jadi contoh kerjasama Muafakat Nasional – Tuan Ibrahim

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Sabtu ini, berupaya menjadi satu lagi contoh terbaik kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ini kerana pimpinan UMNO dan PAS berjaya mengetepikan perbezaan bagi memberi sokongan penuh kepada calon BN dalam pilihan raya kecil itu.

“Ini dapat dilihat apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang sebelum beberapa kali menjadi calon PAS di DUN Chini (menentang calon BN daripada UMNO), menjadi pencadang kepada calon BN,” katanya pada program ceramah MN di Bandar Dara Chini, semalam.

Antara pemimpin UMNO yang hadir adalah Timbalan Presiden Mohamad Hasan (Tok Mat), Setiausaha Agung Ahmad Maslan, Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan dan Ketua Pemuda, Asyraf Wajdi Dasuki.

Pemimpin PAS yang hadir pula adalah Ketua Dewan Pemuda, Khairil Nizam Khirudin.

Turut hadir Menteri Besar Pahang selaku Pengarah PRK Chini, Rosdy Wan Ismail, Pengarah Operasi PRK Chini, Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan serta calon BN, Mohd Sharim Md Zain.

Setiausaha Agung BN, Annuar Musa dan Presiden MCA Dr Wee Ka Siong turut dilihat menghadiri ceramah itu.

Tuan Ibrahim berkata contoh lain yang dapat dilihat ialah jentera PAS memberi kerjasama dalam setiap kempen calon BN itu.

“Ini menunjukkan pimpinan kedua-dua parti mengutamakan kepentingan rakyat. Saya juga berharap politik ini supaya jangan hilangkan kekuatan dan asas kita,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata kerjasama MN juga komited dengan persetujuan bahawa dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pertandingan adalah satu lawan satu antara Perikatan Nasional (PN) dan parti lawan.

Sementara itu, Mohamad meminta pengundi menggandakan jumlah majoriti bagi memberi isyarat terhadap PN, dan dengan kerjasama MN, undi daripada PAS dan BN mampu memberikan kemenangan besar serta penyertaan PN bersama Bersatu juga diyakini mampu meraih sokongan pengundi.

“Ini adalah PRK pertama selepas penubuhan PN, dan kita mahu angka yang kita boleh jadikan sebagai rujukan untuk PRU akan datang,” katanya.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Sharim, 41, dan dua calon Bebas Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...