Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

PRK Kimanis bukti BN Sabah belum nazak – TSIS

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis semalam tidak boleh dipandang rendah oleh semua pihak.

Ini kerana, kejayaan itu merupakan kemenangan menyeluruh dengan BN dengan memperoleh majoriti besar iaitu 2,029 berbanding penyandang sebelum ini, Datuk Seri Anifah Aman dengan 156 undi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Strategik Terengganu (TSIS), Dr. Wan Mat Sulaiman, pertambahan 1,873 undi kepada Mohamad secara signifikannya diperoleh dari 16 Daerah Mengundi (DM), manakala calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang hanya menerima pertambahan dari tiga DM.

DM yang menyaksikan pertambahan undi kepada BN ialah Batu Enam, Simpangan, Sinuka, Mawao, Kabang, Seladan, Kuala Pus, Bandau, Bongawan Estate, Lumat, Kimanis Mandahan, Membakut, Bongawan, Dindong, Kimanis Estate dan Gadong.

Tiga DM yang memihak kepada Karim ialah Binsulok, Pimping dan Brunei manakala 16 DM lagi beralih kepercayaan kepada Mohamad.

“Lebih signifikan lagi, pertambahan undian diperoleh calon BN dan pengurangan undian oleh calon Warisan adalah merentasi kaum, di mana berlaku tanpa mengira sama ada DM itu majoriti bumiputera Islam atau bumiputera bukan Islam.

“Corak undian ini menunjukkan hampir semua kawasan majoriti bumiputera mengundi calon BN kecuali di Binsulok sahaja undian calon BN berkurangan 112 undi, di Pimping dan Brunei berkurangan sebanyak lima dan dua undi.

“Pengurangan ini disebabkan pengaruh peribadi ADUN Membakut, Datuk Mohd Ariffin Arif yang menukar parti dari UMNO ke PPBM kerana beliau berasal dari situ dan mempunyai ramai ahli keluarga di tiga DM berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mat berkata, semua kawasan majoriti bumiputera bukan Islam menunjukkan pertambahan undi untuk Mohamad sedangkan Karim semakin hilang sokongan.

Dari corak undian itu, TSIS membuat 10 rumusan iaitu pertama, UMNO Sabah belum jatuh nazak malah masih kukuh walaupun tindakan beberapa pemimpin parti itu termasuk Mohd Ariffin melompat parti.

Kedua, BN Sabah juga belum lumpuh sepenuhnya walaupun UPKO diketuai Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Parti Harapan Rakyat Sabah (HRS) diketuai Datuk Seri Panglima Lajim Ukim bergabung dengan Warisan.

“Tindakan kedua ketua parti ini melompat parti langsung tidak mengubah corak politik Sabah, malah, ketiganya, di sebalik usaha berlebihan untuk menonjolkan kepimpinan dan ketokohan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, beliau masih jauh dari mencapai tahap “big man” berbanding Anifah.

“Keempat, kedudukan Parti Warisan selaku pemerintah tidak memberikan banyak kelebihan kepada Karim kerana majoriti pengundi tidak terpengaruh dengan pemberian wang, sumbangan dan janji pembangunan.

“Bahkan, ramai pengundi yang ditemui berpura-pura menyokong calon Warsan seperti menampal poster dan memasang bendera parti itu,” katanya.

Beliau menjelaskan, rumusan kelima ialah Warisan menghadapi masalah untuk mendapat sokongan penuh rakannya dalam PH kerana persepsi parti itu yang dilihat tamak, khususnya dari segi membolot kerusi pilihan raya.

Katanya, Mohd Shafie juga tidak memberikan jawatan kerajaan kepada pemimpin parti komponen, selain keutamaan berlebihan diberikan kepada kaum tertentu.

Mengenai rumusan keenam, Dr. Wan Mat berkata, kehadiran Pas di Kimanis sangat membantu kempen calon BN dan membuktikan pengundi tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa Muafakat Nasional membawa corak politik ekstrim dan menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di Sabah.

“Ketujuh, selain pengaruh peribadi Anifah, kehadiran pemimpin MCA, PBS, PBRS dan STAR juga membantu Muafakat Nasional menampakkan ciri keinklusifan sekali gus membantu Mohamad mendapatkan undi daripada pengundi Bumiputera Bukan Islam.

“Kelapan, peratus keluar mengundi yang tinggi iaitu 79.92 peratus menunjukkan pengundi mempunyai motivasi sangat tinggi untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka.

“Salah satu punca utamanya ialah sentimen amat negatif terhadap perlaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) di kalangan 64.31 peratus pengundi, dan sangat pelik sekali bila sebuah badan penyelidikan menyatakan hanya 32 peratus respondennya menentang PSS,” katanya.

Beliau berkata, rumusan kesembilan ialah strategi Warisan meniupkan semangat kenegerian di kalangan pengundi Kimanis tidak menjadi kerana sebahagian besar daripada mereka berpendapat rakyat Sabah dilayan secara adil oleh kerajaan.

Sebaliknya, ujar beliau, yang mereka persoalkan ialah kegagalan Parti Warisan untuk melayan semua kaum di Sabah secara adil.

Bagi rumusan ke-10, strategi mendedahkan salah laku dan penyelewengan pemimpin BN sebelum ini juga tidak menjadi kerana sebahagian besar daripada pengundi Kimanis tidak terpengaruh dengannya.

Begitu juga, katanya, strategi menyalahkan pemimpin BN atas masalah yang dihadapi oleh Warisan seperti isu PSS, tidak diterima oleh pengundi. – MalaysiaGazette

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...