Friday, July 30, 2021

Premis makanan dilarang sedia ruang khas merokok

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
1,078,646
Kes keseluruhan
Updated on Jul 30, 2021 @ 11:42 11:42
179,179
Total active cases
Updated on Jul 30, 2021 @ 11:42 11:42
890,742
Sembuh keseluruhan
Updated on Jul 30, 2021 @ 11:42 11:42
8,725
Jumlah kematian
Updated on Jul 30, 2021 @ 11:42 11:42

Premis makanan tidak dibenarkan menyediakan ruang khas untuk merokok buat pelanggan di dalam kawasan operasi perniagaan mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata peraturan itu termasuk dalam arahan yang menetapkan 3 meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka sebagai jarak kawasan larangan merokok.

“Sekiranya kedai makan menyediakan ruang khas merokok di luar kawasan (lingkungan 3 meter), ia bukan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan, tetapi pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kami mengadakan perbincangan dengan PBT. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mungkin akan mempertimbangkan premis makanan menyediakan tempat pembuangan puntung rokok (bukannya ruang khas untuk merokok),” katanya.

Lee berkata, setiap premis makanan perlu mengikut lesen beroperasi restoran yang dikeluarkan pihak PBT dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya peraturan tidak dipatuhi.

Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka, namun perokok masih dibenarkan merokok pada jarak 3 meter dari luar restoran terbabit.

Pada 1 Jan tahun ini, Kementerian Kesihatan melaksanakan penguatkuasaan penuh larangan merokok di tempat makan dengan kompaun maksimum sehingga RM350.

Artikel berkaitan