Monday, June 5, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Polis tidak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit – Musa

Bekas ketua polis negara, Musa Hassan berkata polis tidak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit orang awam.

Jelasnya, polis hanya boleh memeriksa telefon orang awam jika permintaan itu dikaitkan dengan siasatan.

“Harus ada laporan polis yang dibuat terhadap seseorang, dan mereka menyiasat orang itu, atau polis mengesyaki seseorang terlibat dalam jenayah dan sedang menyiasatnya,” kata Musa seperti dilapor portal Free Malaysia Today.

Sementara itu, aktivis masyarakat, Lee Lam Thye berkata polis tidak boleh memeriksa telefon bimbit orang ramai tanpa alasan kukuh.

“Kalau polis boleh tahan dan ‘check’ telefon bimbit seseorang tanpa alasan kukuh, saya rasa ini tak wajar dan ini memang bercanggah dengan privasi.

“Telefon bimbit itu privasi, tak boleh lah ‘check’ begitu saja. Orang ramai pun mesti tak terima cara ini,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat berkata polis mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam untuk memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam keselamatan.

Katanya, perkara itu dibenarkan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai membangkitkan soal akta dan prosedur operasi standard (SOP) yang membenarkan polis menyemak telefon bimbit orang awam pada bila-bila masa.

Peguam Muhammad Akram Abdul Aziz pula berkata skop kuasa pemeriksaan Kementerian Dalam Negeri pada Seksyen 233 AKM itu kelihatan tidak jelas.

Bagaimanapun katanya kuasa itu jelas apabila dirujuk pada seksyen-seksyen lain.

“Contohnya, Seksyen 245(1) di mana menteri boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai awam atau pegawai SKMM untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah AKM 1998.

“Seksyen 246(2) juga menyatakan mana-mana pegawai diberi kuasa menjalankan semua kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis’.

“Seksyen 252(1) juga boleh diguna pakai di mana skop penyiasatan menyatakan pendakwa raya, jika beliau berpendapat mana-mana komunikasi mungkin mengandungi apa-apa maklumat yang berkaitan suatu kesalahan di bawah akta ini, boleh memberi kuasa kepada pegawai polis untuk memintas komunikasi yang dihantar atau diterima melalui mana-mana alat komunikasi,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...