Tuesday, April 13, 2021

Covid-19: Polis, tentera dikerah kawal orang ramai di pasar pagi, pasar raya

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
362,173
Kes keseluruhan
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
15,835
Total active cases
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
345,005
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
1,333
Jumlah kematian
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47

Kerajaan hari ini mengumumkan masih terlalu ramai pihak yang gagal mematuhi arahan melakukan jarak 1 meter ketika keluar membeli barangan harian khususnya di pasar pagi dan pasar raya dalam usaha membendung penularan Covid-19 ketika perintah kawalan pergerakan (MCO).

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan mengarahkan polis, Angkatan Tenteraa Malaysia termasuk pihak berkuasa tempatan melakukan kawalan dan pemantauan di kawasan tumpuan orang ramai itu bagi memastikan mereka tidak berada dalam kelompok yang besar.

“Mengenai beberapa kawasan yang kita kenal pasti orang ramai masih lagi gagal mematuhi perintah larangan, di pasar pagi, supermarket yang mana pelanggan masih bersesak membeli di pasar dan supermarket, jadi apa yang kita nasihat menjarakkan diri sejauh 1 meter tidak dilakukan, masih bersesak.

“Saya nasihatkan kepada pengunjung di supermarket, kita faham keperluan harian penting tapi tolong jarakkan diri 1 meter,” katanya menerusi sidang media selepas mesyuarat harian menteri-menteri dan pihak terlibat dalam mendepani Covid-19 di Perdana Putra.

Ismail berkata, berdasarkan maklumat pihak berkuasa, 90% rakyat sudah mula mematuhi MCO.

“10% lagi gagal mematuhi, tapi 10% ini bukan jumlah kecil memandangkan kita mempunyai 32 juta rakyat, 10% itu jumlahnya lebih kurang 3 juta masih lagi ramai. Kita dapati masih ramai seolah tidak sedar atau sengaja tidak sedar tentang larangan ini.

“Saya harap dengan adanya tentera membantu pihak polis agar keadaan lebih terkawal lagi, termasuk melalui sekatan jalan raya, rondaan dalam memberi nasihat,” katanya.

Ismail berkata, selain tentera, pasukan Rela dan Agensi Pengkuatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut dikerah dalam membantu semasa MCO.

“Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri-negeri juga telah diaktifkan dan kita harap ia digerakkan di ke peringkat daerah juga,” katanya.

Artikel berkaitan