Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

PH Memerintah Habis Aset Khazanah Dijual – Najib

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata semenjak Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, habis aset Khazanah dijual.

Katanya semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir negara Khazanah tidak pernah mengalami kerugian dan telah dapat pulangan sebanyak 4 peratus.

“Zaman kepimpinan BN nilai aset bersih Khazanah telah meningkat 3.5 peratus sebanyak lima kali peningkatannya dari 33 bilion ringgit kepada 116 bilion.

“Kalau kita jual yang memberi pulangan 15 peratus untuk bayar hutang negara, ada logik atau tak logik? Tentu tak logik… sebagai contoh kita pinjam duit dan ada empat persen dan aset ini 15 persen keuntungan setiap tahun,” katanya pada media di lobi Parlimen, petang semalam.

Sebab itulah katanya, dianggap langkah-langkah PH amat merugikan dan merasakan bahawa satu langkah yang memberi kesan besar kepada masa depan negara.

“Masa PH memerintah setahun lebih ini untung bersih Khazanah jatuh dari 116 bilion ke 91 bilion.”

Najib menjelaskan nilai aset Khazanah terus meningkat pada masa BN memerintah.

Justeru, beliau membidas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohammad Azmin Ali mengatakan 84 aset telah dijual dalam tempoh sembilan tahun empat bulan, tapi ia tak sebut nilainya.

“PH telah menjual 12 aset dalam masa setahun, maknanya dalam setahun sahaja dia (PH) menjual lima kali ganda berbanding dengan BN memerintah. Dulu kita jual yang tak strategik kita beli yang strategik dan nilainya terus bertambah.” – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...