Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

PH Makin ‘Terhuyung-hayang’ Tanpa Hala Tuju, Banyak Pusingan U Tutup Kegagalan Tadbir Negara

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) semakin hari semakin terserlah tidak ada hala tuju apatah lagi perancangan untuk membangunkan negara selain pelbagai kenyataan pemimpinnya yang menunjukkan mereka masih tercari-cari dan membuat pusingan U.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, bukti adalah nyata bahawa kerajaan PH tidak bijak mentadbir ekonomi negara, tetapi hanya tahu menjual semua harta-harta yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu dengan alasannya adalah untuk membayar hutang yang di tinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Kerajaan hari ini tidak cekap mentadbir dan menguruskan negara. Kerajaan PH terhuyung-hayang mencari apa pendekatan terbaik, dan jalan yang mereka dapat hanyalah dengan menjual syarikat-syarikat milik kerajaan dan ianya telah pun terjual berbilion-bilion ringgit tapi hutang negara tidak pula berkurang sebaliknya maskin bertambah,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, dalam keadaan ekonomi yang terumbang-ambing sekarang ini,pendekatan kerajaan khususnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng hanyalah menjual harta milik kerajaan mahupun Government Linked Company (GLC) yang telah di urus tadbir oleh BN sekian lama secara baik dan cekap.

“Ini adalah bukti pimpinan PH hari ini tidak cekap dan perkara ini mengusarkan rakyat. Saya melihat hutang itu tetap ada akan tetapi ianya perlu diurus dengan baik dan cekap”.

“Kelemahan kerajaan sekarang ialah mereka tidak ada kebijaksanaan dalam menguruskan ekonomi negara. Segala aset harta kerajaan dijual dan terbaru, bagi menampung kekurangan kewangan negara ini dikatakan bahawa kerajaan PH akan mengesyorkan mengembalikan Goods And Service Tax (GST) untuk menutup segala hutang piutang dan perbelanjaan.

“Dulu BN sudah beritahu, GST ini adalah salah satu sistem percukaian yang efisien untuk negara menambah pendapatan dan ianya merupakan sistem yang terbaik berbanding sistem SST malahan sistem ini juga diakui terbaik oleh majoriti negara diseluruh dunia dan ia sesuatu yang sudah jelas, namun mereka menebarkan macam-macam fitnah,” katanya.

Raime menjelaskan, kerajaan BN sudah melaksanakan GST beberapa tahun dan yakin dengan kecekapan serta ketelusan pelaksanaannya berbanding SST yang hanya menguntungkan peniaga untuk mengelak daripada membayar cukai kepada kerajaan.

“Hari ini mereka mengatakan GST ini kehendak rakyat … sebenarnya bukan, ianya hanya mahu menutup malu dan aib kerajaan PH apabila mahu dilaksanakan semula oleh mereka.”

“Kalau betul PH hendak mengembalikan GST, nampaklah kewayangan politik PH ini suatu kebodohan yang nyata, rakyat sekarang lebih bijak daripada pemimpin PH, mereka (rakyat) bukan lagi senang-senang disuapkan dengan fitnah yang jahat seperti semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu.”

Bidasnya, terbukti tindakan PH yang selalu menghasut rakyat untuk menghapuskan GST dan akhirnya terpaksa mengakui apa yang dilakukan kerajaan dahulu dengan membuat pusingan U memakan diri.

“Semasa zaman BN memerintah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menjelaskan secara terperinci mengenai GST dan melaksanakannya dengan baik bukan macam PH yang hanya tahu menghasut rakyat dan melakukan demonstrasi jalanan.

“Mentadbir negara ini bukannya macam membuka kedai runcit, sebab itu terbukti bahawa pentadbiran BN lebih baik kerana pemimpinnya memikirkan kesejahteraan rakyat berbanding PH yang mahu melihat rakyat semakin susah dan derita,” tegasnya lagi. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...