Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

PH Laksanakan Semula GST? Agaknya Ini ‘U-Turn’ Tahap Apa? Soal Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 3 Okt. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mengambil langkah yang terbaik memperkenalkan sistem cukai yang lebih telus dan efisen iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan sistem cukai yang regresif dan banyak kelompongan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tetapi pembangkang ketika itu membuat pelbagai fitnah serta tuduhan, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sekarang setelah terdapat gesaan dari beberapa pihak dan pakar-pakar ekonomi negara, adakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah memansuhkannya sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan negara akan memperkenalkannya semula GST, soal Ahli Parlimen Lenggong itu dalam satu hantaran di Facebook.

“Jadi kalaulah kerajaan PH laksanakan semula GST. Agaknya ini ‘U-Turn’ tahap apa?

“Dan apa kita nak kata pada kerajaan PH terutama pemimpin PH macam Tony Pua, Rafizi?” tanyanya lagi.

Dilaporkan dalam media perdana, Ahli Parlimen Kangar dari PKR, Noor Amin Ahmad menyambut baik cadangan pelaksanaan semula GST kerana berpendapat bahawa sistem pencukaian berkenaan lebih baik.

Sebelum itu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang terdiri daripada pakar-pakar ekonomi negara menggesa kerajaan PH memperkenalkan semula cukai GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Bajet 2020.

Pengerusinya, Kamal Salih menyifatkan GST sebagai sistem pencukaian yang saksama kepada semua peringkat masyarakat.

Mengulas lanjut, Dr Shamsul dalam catatan di media sosialnya turut simpati ke atas Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan pada era BN dahulu tanpa jemu menyebarkan kebaikan GST berbanding SST tetapi dicemuh dan dikecam oleh golongan anti-GST dan ternyata kini rakyat sedar apa yang dibentangkan oleh Ahmad adalah penuh kebenaran.

Baru-baru ini juga, bekas ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram turut menggesa kerajaan PH menggantikan SST yang dilaksanakan sejak 1 September tahun lalu kepada sistem percukaian yang lebih baik.

Pada Ogos tahun lalu, kerajaan PH melalui Dewan Rakyat berjaya meluluskan dua Rang Undang-undang (RUU) membabitkan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 dan RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018, iaitu pemansuhan GST serta diganti dengan SST sebagai memenuhi janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Dalam penggulungan perbahasan RUU tersebut, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata: “Akhirnya, GST sudah mati.”

Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata kerajaan bersedia kaji semula pelaksanaan GST. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...