Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

PH Jual Aset Strategik TH RM2.6 Bilion: Jawab Dengan Fakta, Bukan Salahkan Pemuda – Dr Najmil

KUALA TERENGGANU, 2 Okt – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Lembaga Tabung Haji (TH), seharusnya melakukan penjelasan berkenaan penjualan aset strategik institusi tersebut berserta fakta bukannya menyalahkan Pemuda UMNO, tegas Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Katanya, Pemuda UMNO tidak pernah mengeluarkan fitnah terhadap TH, malah isu tersebut dibangkitkan kerana terdapatnya sumber daripada portal ekonomi iaitu TheMalaysian Reserve yang mendakwa TH telah menjual aset-aset strategik bernilai RM2.6 bilion.

“Kenyataan balas daripada Mujahid yang mendesak Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi memohon maaf kepadanya atas dakwaan berkenaan penjualan ekuiti TH adalah tidak berasas.

“Jika dakwaan The Malaysian Reserve adalah tidak benar, menteri agama perlu mengambil tindakan dengan segera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jumaat lalu, portal ekonomi tersebut mendedahkan TH telah melupuskan ekuiti bernilai RM2.6 bilion dan sehingga kini masih tiada penjelasan daripada Mujahid mengenainya walaupun telah diminta berbuat demikian oleh Dr Asyraf.

Bahkan, Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Pan) pula meminta Dr Asyraf memohon maaf kepadanya.

Mengulas lanjut, Dr Najmil turut menggesa Mujahid tidak melibatkan penyatuan ummah dan Muafakat Nasional dalam isu tersebut kerana pihak yang merosakkan kepentingan negara adalah kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukannya Pemuda UMNO.

“Sekali lagi Pemuda UMNO mendesak Mujahid untuk meminta maaf kepada Dr Asyraf kerana mendakwa beliau telah memfitnah TH,” gesanya lagi. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...