Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

#PRKTanjungPiai: PH Gagal, Peluang Kepada Rakyat Yang Telah Tertipu – Ku Li

Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Parlimen Tanjung Piai yang bakal diadakan pada 16 Nov depan adalah peluang untuk rakyat membetulkan keadaan setelah tertipu dengan janji-janji manis yang kosong dari Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, rakyat sekarang dah letih dan jelak dengan pelbagai isu semasa sejak pentadbiran PH.

“Sekarang rakyat dah letih, rakyat dah jelak dengan ekonomi yang merudum, pendapatan yang kurang, dan nampaknya harga barang tak turun-turun sebagaimana yang dijanji dan sebagaimana fitnah pilihan raya yang lepas,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama UMNO-Online.

Tegas beliau segala-galanya harapan rakyat berkecai.

“Saya rasa ini peluang kita membetulkan keadaan untuk menginsafi kita sendiri dan orang ramai supaya tidak akan tertipu lagi dengan janji-janji manis yang kosong.

“Kerajaan hari ini memang bukan hanya gagal tapi patut berundur dah sebab tak boleh buat apa-apa, tak ada idea baru, tak ada rancangan baru, tak ada tindakan-tindakan baru yang boleh mengubah keadaan sebagaimana janji mereka sebelum pilihan raya. Semua cakap-cakap itu hanya bohong.”

Sehubungan itu, beliau berharap agar Barisan Nasional (BN) dapat bekerjasama dengan penuh erat yang kali ini turuit disertai PAS.

“Walaupun pengundi PAS dilihat tak begitu ramai jika dilihat kepada keputusan pilihan raya yang lepas tetapi ia sudah tentu akan mengubah keadaan hari ini.

“Kalau tengok keputusan yang lepas walaupun BN sudah hilang kuasa tetapi kita adalah kumpulan yang terbesar di Parlimen cuma kita tak cukup bilangan kerana ada diantara bekas BN tidak bersama dengan kita seperti di Sabah dan Sarawak tapi tak apalah… kita akan mengumpul semula kekuatan kita ini.

“Sekarang kita nak tengok Tanjung Piai yang akan menunjuk jalan kepada rakyat bahawa Tanjung Piai akan memberi masa depan jaminan yang baik kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meninggal dunia pada Sept lalu. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...