Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Walaupun ditukar nama, rejim Pakatan Harapan akui keberkesanan program SL1M

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) akan melalui penjenamaan semula dan perubahan fungsi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan penekanan ilmu keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai pencipta pekerjaan.

Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, matlamat utama adalah untuk memastikan graduan yang mengikuti program SL1M mempunyai pilihan sekiranya tidak diserapkan ke syarikat setelah tamat program.

“Para graduan yang mengikuti program SL1M akan dipersiapkan dengan kemahiran keusahawanan supaya mereka boleh menggunakan ilmu yang dipelajari sepanjang program untuk menjalankan perniagaan sekiranya tidak diambil bekerja oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC),” katanya pada sidang media pemantauan program SL1M bersama Maybank, baru-baru ini.

“Kementerian berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan, jadi kami perlu mengetahui jumlah pelatih yang diserap masuk bekerja oleh GLC dan mereka yang mahu menjadi usahawan juga perlu dipantau dan diberi sokongan bagi memulakan perniagaan,” tambahnya.

Bagi tahun 2019, program SL1M menerima peruntukan sebanyak RM5 juta untuk melatih seramai 10,000 graduan berbanding RM50 juta yang diterima pada tahun lepas untuk melatih 25,000 pelajar.

Ketua Sekretariat SL1M, Norasyikin Ismail berkata, bagi program SL1M sebelum ini, perbelanjaan untuk seorang pelatih menelan sebanyak RM29,000 termasuk elaun dan latihan kemahiran insaniah sepanjang 12 bulan program dijalankan.

Namun, katanya, program SL1M keusahawanan ini masih boleh dijalankan dengan bajet yang lebih rendah tetapi menghasilkan pelatih yang baik.

Tambahnya, dengan penyusutan bajet yang diperuntukkan, SL1M akan menjalankan kerjasama strategik dengan lebih banyak syarikat bagi memberi penekanan dalam bidang keusahawanan.

“Dengan bajet yang diberikan, kita perlu berfikir di luar kotak dan mengubah set minda para graduan daripada hanya makan gaji kepada usahawan yang mencipta peluang pekerjaan sendiri,” katanya.

SL1M turut menyeru syarikat gergasi dan SMEs untuk membantu para graduan tempatan meningkatkan tahap kebolehpasaran sekali gus memperbaiki taraf ekonomi graduan dan keluarga.

Syarikat yang terlibat akan diberikan Insentif Potongan Cukai Berganda atau Skim HRDF – SL1M dalam usaha menggalakkan lagi penglibatan syarikat swasta.

Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abd Manaf berkata, Maybank sentiasa komited dan menyokong program SL1M untuk memperkasakan modal insan negara dan menyediakan graduan untuk menjadi lebih berdaya saing dalam Industri 4.0.

Katanya, kini syarikat perbankan itu membuka peluang kepada para graduan menjalani latihan insentif melalui program SL1M – Booster Maybank sebagai persediaan lanjutan sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar.

Sejak 2011, Maybank telah melatih seramai 2,004 graduan di bawah program SL1M dan seramai 600 orang telah diserap masuk bekerja.

Melalui program itu, seramai 100 graduan akan dilatih oleh Maybank di pusat latihan dengan tanggungan sepenuhnya termasuklah tempat tinggal serta makan dan minum. – Bernama

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...