Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

PH adil agih peruntukan kepada usahawan mengikut kaum, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Pengagihan bantuan kewangan kepada usahawan Cina dan India dalam Belanjawan 2020 dilihat sebagai usaha kerajaan Pakatan Harapan bertindak adil kepada semua kaum di negara ini, kata penganalisis ekonomi.

Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai ketika berkongsi pandangannya dengan Bernama berkata, jumlah pengagihan bantuan itu perlu dilihat berasaskan populasi sesuatu kaum dan bukannya daripada perspektif perkauman.

“Peruntukan mengikut kaum membayangkan bagaimana kerajaan bertindak telus, adil, prihatin dalam pembahagian peruntukan berkenaan,” katanya sambil menambah belanjawan kali ini lebih peka dalam mengambil kira perspektif luas usahawan.

Semasa pembentangan Belanjawan 2020 pada Jumaat, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pelbagai kemudahan untuk usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) antaranya pinjaman RM100 juta di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina dan pinjaman RM20 juta di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India TEKUN Nasional.

Selain itu, sebanyak RM445 juta diperuntukkan kepada usahawan bumiputera bagi program keusahawanan di bawah TEKUN Nasional, SMECorp, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, Pelaburan Hartanah Bhd dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera.

Barjoyai berkata beliau agak terkejut dengan keprihatinan kerajaan dalam memberi peruntukan yang agak besar kepada usahawan kecil dan bumiputera dalam belanjawan kali ini.

“Ini sebenarnya dilihat sebagai langkah positif memandangkan ia memberikan semangat dan minat untuk mengimbangi perkembangan dalam pembangunan perniagaan usahawan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) Datuk David Chua berpendapat pengagihan peruntukan kepada setiap kaum menunjukkan kerajaan memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua kaum.

“Konsep pengagihan peruntukan kepada setiap kaum dapat mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat…sebenarnya (peruntukan) sebegini dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara pelbagai kaum,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kebangsaan Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia, Datuk Michael Kang Hua Keong berkata beliau berasa teruja apabila melihat banyak insentif diperuntukkan kepada PKS.

“Belanjawan 2020 ini, adalah paling bagus sebab ia memfokuskan pembangunan ekonomi. Menerusi peruntukan ini, kita akan bekerjasama dengan kerajaan dalam menggiatkan lagi industri perusahaan termasuk digital serta operasi perniagaan secara automasi,” katanya. — Bernama

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...