Wednesday, December 1, 2021

Perwakilan Amanah Sarawak gesa PM pecat menteri komunikasi Gobind Singh

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
2,632,782
Kes keseluruhan
Updated on Dec 1, 2021 @ 13:24 13:24
65,153
Total active cases
Updated on Dec 1, 2021 @ 13:24 13:24
2,537,204
Sembuh keseluruhan
Updated on Dec 1, 2021 @ 13:24 13:24
30,425
Jumlah kematian
Updated on Dec 1, 2021 @ 13:24 13:24

(FMT) – Seorang perwakilan Amanah Sarawak secara terbuka mendesak kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad menggugurkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Andri Zulkarnaen berkata, Gobind tidak menunjukkan prestasi baik dalam mengemudi kementerian itu dan gagal mempromosi kejayaan kerajaan Pakatan Harapan.

“Kita mesti merombak kepimpinan kerajaan sedia ada dengan menukar menteri-menteri yang tidak ‘perform’…Saya tak sebut menteri Amanah, menteri yang tak perfom itu kena tukarlah, tak kira parti mana.

“(Gobind) juga gagal mempertahankan kerajaan PH daripada serangan musuh, begitu juga sebahagian menteri yang tidak ‘perform’ yang tak perlu saya senaraikan di sini,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Konvensyen Nasional Amanah hari ini.

Beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi kerajaan PH selepas 19 bulan mentadbir negara.

“Harga getah masih rendah, tidak terbela, orang kampung masih susah, bantuan sara hidup (BSH) dikurangkan, bantuan-bantuan yang diberikan BN dahulu ada yang dikurangkan dan ada yang dihentikan terus.

“Selepas 19 bulan PH memerintah, PH terus dituduh penipu, mungkir janji, kencing rakyat, serangan bertali arus dalam bentuk fitnah, penipuan dan tohmahan yang akhirnya rakyat terkeliru dan tertipu.

“Kampung saya, Sabah dan Sarawak terus miskin dan ketinggalan dalam pembangunan…ekonomi negara tidak menentu, nilai ringgit belum kukuh dan tidak banyak berubah.”

Andri turut menyifatkan media massa “lembik” dan “lesu” kerana gagal mempertahankan kerajaan, serta mendakwa projek kerajaan masih diberikan kepada kontraktor Umno.

“PH menang, BN senang, kontraktor-kontraktor Umno masih membolot projek, ‘figure-figure’ Umno masih dikekal dan dilantik sebagai pengerusi GLC, CEO, pengurus besar dan GLC kerajaan.

“Selepas 19 bulan PH memerintah, Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor yang dituduh dengan pelbagai tuduhan, macam-macam salah laku terus bebas ke sana ke mari tanpa had dan batasan, mereka terus dipuji dan dipuja.”

Beliau juga mengkritik parti komponen tidak bersepakat dan perbalahan dalam PH.

Katanya, jika PH mahu kekal sebagai kerajaan, Amanah perlu lebih agresif dan berusaha menjadi pencetus perubahan dalam kerajaan pusat serta negeri.

Artikel berkaitan