Putrajaya – Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar permohonan bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri bagi menyemak semula sabitan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Azilah melalui peguamnya, J Kuldeep Kumar telah mengemukakan permohonan tersebut di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.
Dia membuat kejutan menerusi Akuan Bersumpah (SD) bertarikh 17 Oktober lalu mendedahkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri di sebalik arahan pembunuhan serta menghapuskaan mayat Altantuya.
SD tersebut didedahkan oleh portal berita Malaysiakini semalam – MalaysiaGazette