Susulan keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas selesai Wacana Bersama Presiden di Menara Dato’ Onn semalam.
1. Pergerakan Puteri UMNO menerima dan menghormati keputusan yang dibuat Presiden parti dengan memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden Datuk Seri Mohammad Hassan untuk menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO.
2. UMNO mesti terus kekal dihadapan dan diperlukan dalam lanskap politik negara disaat situasi penuh mencabar dengan kegagalan kerajaan PH mempertahankan kedaulatan Agama Islam, hak-hak majoriti serta keharmonian kaum pasca PRU14.
3. Dengan saf kepimpinan UMNO sedia ada, Puteri akan terus mara, akan teruskan perjuangan parti keramat ini dalam usaha kebangkitan bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti.
ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia