Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Perdana Menteri harus bertindak segera

SUSULAN kekalahan teruk calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang baru berlalu, Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat berpandangan kerajaan, terutama Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, perlu mengambil tindakan tuntas dan segera bagi meleraikan ketidaktentuan yang melanda pasaran Malaysia sekarang.

Ketidaktentuan yang semakin meningkat ini secara langsung telah menjejaskan keyakinan pelabur kepada pasaran Malaysia terutama selepas kekalahan teruk PH dalam PRK yang baru berlalu.

Jesteru kami mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan langkah-langkah segera berikut bagi menyelamatkan pasaran Malaysia:

  1. Perdana Menteri perlu menyegerakan rombakan kabinet bagi membolehkan pasukan yang lebih berkeupayaan untuk menguruskan ekonomi dan pasaran Malaysia menjalankan tugas. Ini adalah penting kerana hanya pasukan jemaah menteri yang mampu sahaja perlu diamanahkan bagi membetulkan semula pasaran, seterusnya menyelesaikan ketidaktentuan dan ketidakyakinan yang melanda Malaysia. Ini hanya boleh dilakukan oleh jemaah menteri yang berkaliber, berpengetahuan dan profesional, faham akan selok belok ekonomi makro dan pasaran, untuk membetulkan senario semasa ini. Untuk tujuan ini, pakar-pakar teknokrat juga perlu dipertimbangkan dan dilantik sebagai menteri sekiranya layak dan tidak terhad di kalangan ahli-ahli perlimen sedia ada sahaja.
  2. Perdana Menteri juga perlu membuat keputusan dengan tuntas untuk sekali dan selamanya samada beliau akan terus kekal sebagai Perdana Menteri atau tidak. Bagi pihak pasaran, persoalan siapa yang menjadi perdana menteri adalah pertikaian politik yang di luar bidang mereka. Namun mereka perlukan ketentuan dan kepastian siapakah calon yang akan menerajui Malaysia untuk bergerak ke hadapan. Oleh itu sekiranya Tun Mahathir merasakan beliau masih perlu untuk menerajui kerajaan, maka nyatakan sekarang supaya semua ketidaktentuan yang menghantui pasaran sekarang dapat dilenyapkan. Sebaliknya juga sekiranya ada calon lain yang beliau rasakan layak sebagai pengganti, maka harus dilakukan peralihan segera sekarang.
  3. Langkah seterusnya yang perlu dipertimbang oleh Perdana Menteri ialah menggerakkan segera inisiatif bagi merangka strategi jangka pendek dan panjang untuk merangka semula ekonomi Malaysia. Sebagaimana ulasan kami terhadap bajet 2020 yang lalu, perlu ada inisiatif-inisiatif strategik baharu bagi memacu dan mentransformasi model ekonomi Malaysia yang masih terperangkap dalam kerangka lama yang bergantung kepada input modal. Model ekonomi sekarang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah utama yang masih membelenggu rakyat dan negara iaitu kos sara hidup yang semakin meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan.

Mengikut maklumat daripada MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research, setakat 18 November 2019 pelabur asing telah mengeluarkan sebanyak RM8.98 billion dana daripada pasaran ekuiti Malaysia. Keterlibatan pelabur asing juga merosot daripada kadar purata normal 30 peratus kepada purata harian sebanyak 13.6 peratus. Ini amat membimbangkan dari segi daya saing pasaran Malaysia dan keyakinan pelabur.

Dari perspektif penarafan, Malaysia masih belum pulih dan kekal pada penarafan A3 Stable setelah jatuh daripada A3 Positive oleh Moody’s. Manakala bagi panarafan Standard & Poor, Malaysia kekal pada Stable. Untuk penarafan Fitch Rating pula Malaysia kekal pada A-.

MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
– HARAKAHDAILY

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...