Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Penurunan penarafan keselamatan penerbangan Malaysia ke tangga kedua oleh FAA

Penurunan penarafan keselamatan penerbangan Malaysia ke tangga kedua oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mempunyai impak yang amat serius dari pelbagai aspek kepada Malaysia.

Ini adalah penurunan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia dan kita sekarang sama taraf dengan negara Bangladesh, Ghana dan Costa Rica.

Penarafan FAA ini bukan sahaja menghalang perkembangan penerbangan Malaysia ke Amerika Syarikat, tetapi ianya juga memberi kesan di seluruh dunia kerana penarafan FAA ini diiktirafkan dan diguna pakai oleh hampir semua negara.

Ia juga memberi kesan kepada syarikat penerbangan MAS yang berkongsi kod dengan syarikat penerbangan lain seperti dalam penyertaannya dalam gabungan OneWord Alliance.

Di antara13 syarikat penerbangan dalam gabungan ini, hanya MAS satu-satu sahaja yang kini mempunyai penarafan kedua.

Jika MAS disingkir dari gabungan ini, maka pendapatan MAS akan terjejas.

Selain memberi persepsi negatif kepada negara, penurunan taraf ini juga sedikit-sebanyak menjejaskan industri pelancongan kita serta meningkatkan kos insurans dan kos sewa-beli kepada syarikat penerbangan, industri pembinaan Aeroangkasa dan industri MRO Malaysia.

Saya perhatikan ada yang membuat andaian salah bahawa penurunan taraf ini ada kaitan dengan tragedi MH370 dan MH17 pada tahun 2014.

Tidak.

Kali terakhir audit dibuat oleh FAA sebelum ini ialah dalam tahun 2016 dan kita lulus masa itu.

Faktanya ialah penurunan ini adalah akibat audit terbaru yang dibuat ke atas Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada bulan April tahun ini.

Walaupun kita diberi tempoh beberapa bulan untuk peluang memperbetulkan kesalahan yang dikenalpasti dalam audit bulan April ini, tetapi kita gagal juga.

Lagi aneh ialah semasa audit dibuat, CAAM sebenarnya tidak ada pengerusi!

Pengerusi yang dilantik kerajaan BN dahulu telah meletak jawatan pada bulan Ogos tahun 2018.

Tetapi penggantinya hanya dilantik oleh kerajaan PH pada bulan September 2019 – iaitu13 bulan kemudian.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CAAM juga telah meletak jawatan pada bulan lepas dan dalam tempoh krisis sekarang, CAAM tidak ada CEO pula.

Bukan itu sahaja. Menteri Pengangkutan DAP yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas CAAM ini masih membisu tentang penurunan taraf ini.

Buat-buat macam tak apa-apa.

Di bawah kerajaan PH, banyak yang telah dituruntarafkan:

– penarafan kredit PETRONAS dituruntaraf pada bulan Jun 2019

– unjuruan pertumbuhan ekonomi berulang kali diturunkan

– kedudukan Malaysia dalam indeks bon dunia FTSE Russell diletakkan dalam watch-list untuk dituruntaraf

– Malaysia disingkirkan dari tempat pertama sebagai destinasi pelaburan paling menarik ke tempat ke-13 di belakang Vietnam

– Kita dituruntaraf dari pasaran saham paling lama menaik dalam dunia menjadi paling corot dalam dunia

Dan terkini ialah penarafan keselamatan penerbangan Malaysia diturunkan taraf buat kali pertama dalam sejarah.

PH sering tuduh BN merosakkan negara.

Tetapi “baby baru lahir” mana yang sebenarnya terus merosakkan negara?

Facebook Najib Razak


Nota kaki:
Apa yang dah dibuat oleh Kerajaan PH sekarang sehingga US FAA downgraded rating keselelamatan trafik udara Malaysia ?

BACA sini
American Airlines Passengers Booked on Malaysia Airlines Codeshares Need to Change Their Itineraries
https://viewfromthewing.com/american-airlines-passengers-booked-on-malaysia-airlines-codeshares-need-to-change-their-itineraries/

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...