Monday, August 2, 2021

Pelik dan Jelik Pakatan Harapan iklan gergasi mempromosikan pelacuran

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
1,130,422
Kes keseluruhan
Updated on Aug 2, 2021 @ 07:16 07:16
195,273
Total active cases
Updated on Aug 2, 2021 @ 07:16 07:16
925,965
Sembuh keseluruhan
Updated on Aug 2, 2021 @ 07:16 07:16
9,184
Jumlah kematian
Updated on Aug 2, 2021 @ 07:16 07:16

1. Wanita UMNO Malaysia melahirkan rasa kesal dengan kegagalan terbaru kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan sehingga tersiarnya iklan gergasi mempromosikan pelacuran.

2. Ia jelas menunjukkan betapa caca marbanya pentadbiran PH sehinggakan perkara sebegini boleh terlepas pandang. Walaupun iklan tersebut telah ditarik balik tetapi ia secara total membuktikan kegagalan Pakatan Harapan dalam mentadbir negara ini dengan baik.

3. Apa yang dipertikaikan, sekiranya benar ia tidak mendapat kelulusan mengapa dua hari iklan tersebut disiarkan? Hanya selepas tular baru tindakan menarik balik iklan tersebut dilakukan. Adakah jika ia tidak ditegur, maka iklan tersebut akan terus dimainkan?

4. Pelik sungguh Malaysia baru yang cuba dibawa oleh Pakatan Harapan ini. Ia bukan untuk menjadikan negara ini lebih baik tetapi ia bakal merosakkan anak bangsa pemimpin masa hadapan.

5. Jika inilah gambaran yang hendak dibawa oleh Pakatan Harapan menjelang 2020, maka sewajarnya mereka ditolak oleh rakyat.

6. Justeru, Wanita UMNO Malaysia mendesak perkara ini disiasat secara tuntas dan ambil tindakan segera kepada mereka yang bertanggungjawab. Perlu diingat, Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan agama Islam.

KENYATAAN MEDIA KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DATO’ DR. NORAINI AHMAD
18 DISEMBER 2019

Artikel berkaitan