Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Pegawai APMM maut akibat Zika sedang ikuti kursus pasukan khas

Kuantan – Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang meninggal dunia semalam akibat dijangkiti virus Zika, sedang mengikuti kursus latihan pasukan khas agensi itu ketika jatuh sakit.

Pegawai Penguatkuasaan dan Eksesais APMM Negeri Pahang Komander Maritim Razali Kasim berkata Leftenan Muda (Maritim) Mohamad Ikmal Ibrahim, 30, sedang dalam fasa akhir latihan bagi menyertai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat APMM, yang dijangka tamat pertengahan bulan hadapan.

“Ketika dimasukkan ke hospital, Mohamad Ikmal sedang dalam latihan di laut iaitu fasa terakhir latihan bersama pasukan khas pasukan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) di Lumut, Perak.

“Ia adalah satu berita yang mendukacitakan bagi kami semua di APMM,” katanya ketika majlis pengebumian Mohd Ikmal di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Razali turut menyampaikan lipatan bendera kepada balu Mohamad Ikmal, Siti Salbiah Roslie yang bertugas di Rejimen Askar Jurutera Diraja, dalam suasana sayu sambil disaksikan keluarga dan rakan-rakan yang hadir.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pukul 7.15 pagi selepas tiba di Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap, di sini dari Perak, pada pukul 5.45 pagi dan disolatkan selepas solat subuh.

Mohamad Ikmal yang bertugas di KM Nusa Maritim Terengganu disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, Perak, akibat virus Zika, pada jam 4.45 pagi semalam selepas dirawat di hospital berkenaan sejak 12 Okt lalu.

Sementara itu, bapa kepada Mohamad Ikmal, Ibrahim Abdul, 60, berkata meskipun berasa sedih dengan kematian anak ketiganya itu, beliau berbangga, kerana anaknya berani mengikut jejak langkahnya dengan menyertai pasukan khas APMM.

“Saya berasa bangga dengan Allahyarham, kerana saya sendiri adalah seorang anggota komando Tentera Darat. Beliau juga anak yang cekal dan kuat pegangan agama,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini berkata kes jangkitan Allahyarham adalah kes jangkitan virus Zika kesembilan di negara ini sejak 2016.- BERNAMA

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...