Sunday, April 18, 2021

PBT buat ‘land swap’ tanah Pasar Selayang

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
372,859
Kes keseluruhan
Updated on Apr 18, 2021 @ 9:19 09:19
19,094
Total active cases
Updated on Apr 18, 2021 @ 9:19 09:19
352,395
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 18, 2021 @ 9:19 09:19
1,370
Jumlah kematian
Updated on Apr 18, 2021 @ 9:19 09:19

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya digesa menyegerakan siasatan mengenai dakwaan wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam dalam isu pencerobohan tanah Wilayah Persekutuan berhampiran Pasar Harian Selayang.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman mendakwa, pencerobohan tanah yang berlaku sejak 10 tahun itu dilindungi dan didalangi oleh penjawat awam dari pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kita sudah membuat aduan isu pencerobohan ini kepada pihak SPRM kerana kita khuatiri ada dalang-dalang yang hari ini telah memberi kebenaran bukan mengikut kehendak berwajib, contohnya undang-undang PBT.

“Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya perlu mengambil serius kes ini. Tindakan kena diambil ke atas mereka yang melindungi pemilik bangunan (menceroboh). Kita laporkan kepada SPRM pada 3 minggu lepas,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada masa ini, wujud beberapa struktur kekal bangunan komersil termasuk premis berstatus pasaraya dan kilang dibina di atas tanah rizab Wilayah Persekutuan menduduki secara haram lebih sedekad secara percuma.

Binaan tersebut didakwa bukan sahaja tidak mendapat kelulusan daripada PBT di Selangor dan Wilayah Persekutuan bahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan.

Ini kerana tanah yang diceroboh itu didapati melintasi garis sempadan negeri jajahan Kuala Lumpur-Selangor sebagaimana yang telah dipetakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sejak 1972.

Dalam pada itu, Rosli juga mendedahkan wujudnya usaha pemilik premis yang menceroboh tanah itu dengan PBT tertentu untuk mengusulkan pertukaran tanah secara land swap kepada PTG Wilayah Persekutuan.

“Tindakan kerjasama PBT ini dilihat amat berat sebelah dan didapati bersengkongkol untuk menyokong kesalahan yang dilakukan oleh pihak premis berkenaan,” dakwanya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan