Sunday, April 18, 2021

Pasukan pengaman Malaysia di Congo selamat

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
372,859
Kes keseluruhan
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19
19,094
Total active cases
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19
352,395
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19
1,370
Jumlah kematian
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19

KUALA LUMPUR: Pasukan pengaman Malaysia dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) disahkan selamat dan tidak terjejas dalam pergolakan terbaharu di bahagian timur negara itu.

Enam anggota tentera helmet biru Malaysia berpangkalan di beberapa lokasi di negara itu ketika ini.

“Semua anggota kita di sana selamat dan tidak terjejas dengan pergolakan terkini. Paling dekat (mereka) berpangkalan kira-kira 200 kilometer (km) dari Beni.

“Kami sedang memantau keadaan keselamatan di sana dengan teliti,” kata sumber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada BERNAMA.

Kira-kira 100 orang awam di kawasan Beni dilaporkan terbunuh berikutan pergolakan antara kumpulan pemberontak Angkatan Demokrat Bersekutu (ADF) dan tentera negara itu sejak akhir Oktober lalu.

Angka kematian yang semakin meningkat menyebabkan orang awam marah dan melakukan protes di jalanan, menuduh pihak berkuasa dan MONUSCO gagal menjaga keamanan di rantau itu.

Malaysia adalah antara 49 negara menyertai MONUSCO, satu daripada operasi pengaman terbesar di bawah PBB.

MONUSCO terdiri daripada kira-kira 16,500 anggota tentera dan pemerhati, 1,300 anggota polis dan sekurang-kurangnya 4,000 pemerhati awam. – BERNAMA

Artikel berkaitan