Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

PAS yakin PRU15 menang lebih besar bersama Umno

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin pengagihan kerusi membabitkan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mampu ditangani dengan baik.

Beliau berkata sebarang isu perbezaan pendapat berhubung pengagihan kerusi, diyakini dapat diselesaikan oleh Majlis Presiden dan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional, secara harmoni.

“Rundingan bersama (antara komponen PN) akan bincang dalam masa terdekat…proses rundingan kerusi ini akan berjalan dan mengambil masa, tetapi kita yakin boleh selesai dengan baik.

“Secara prinsipnya kita akan kekal di negeri-negeri yang didominasi setiap parti,” katanya yang ditemui pemberita selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya PAS Johor, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal semalam, berhubung terdapat pemimpin Umno yang tidak bersetuju, sekiranya Kedah dan Terengganu diserahkan ‘bulat-bulat’ kepada PAS pada PRU15.

Ini kerana ada pemimpin beranggapan bahawa Umno masih mempunyai kekuatan di dua negeri terbabit, dan kegagalan dalam PRU14 adalah disebabkan pertembungan tiga penjuru.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air dalam masa sama menyifatkan, pandangan pemimpin Umno tersebut sebagai pandangan peribadi mereka, dan PAS tidak mempunyai masalah mengenainya.

“Pandangan-pandangan daripada individu itu dianggap pandangan peribadi masing-masing, kita tidak boleh sekat pandangan masing-masing”, katanya.

Mengenai persiapan PRU15, beliau berkata parti itu sudah bersedia menghadapinya dan sedang menggiatkan usaha menambah keanggotaan, di setiap negeri.

“Kalau tengok dalam kerjasama antara PAS dan Umno serta parti-parti lain (komponen), kita yakin kita akan tambah kemenangan kita. Sebab kalau dahulu Umno dan PAS bersendirian pun kita sudah capai kemenangan, sekarang dengan gabungan muafakat, kita yakin kita akan dapat lebih baik dari sebelum ini,” katanya. — Bernama

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...