Wednesday, December 1, 2021

PAS jangan selalu sangat ‘manipulasi situasi’, tegur Umno Johor

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
2,632,782
Kes keseluruhan
Updated on Dec 1, 2021 @ 13:24 13:24
65,153
Total active cases
Updated on Dec 1, 2021 @ 13:24 13:24
2,537,204
Sembuh keseluruhan
Updated on Dec 1, 2021 @ 13:24 13:24
30,425
Jumlah kematian
Updated on Dec 1, 2021 @ 13:24 13:24

Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, mahu PAS nyatakan pendirian rasmi adakah mereka mahu bersama Umno dalam Muafakat Nasional atau ingin bergabung dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang.

Menyifatkan situasi sekarang “masih kabur”, Jazlan menggesa PAS supaya berani dan jujur membuat keputusan.

PAS, katanya, “tidak boleh terus bermain secara selamat”, katanya menurut laporan Sinar Harian.

“Jangan selalu sangat suka memanipulasi situasi demi kepentingan parti sendiri.”

Jazlan berkata demikian selepas menegaskan pendirian Umno Johor untuk tidak menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada PPBM pada PRU-15, menyusuli keputusan sama oleh Umno Perak dan Selangor.

Katanya, Umno Johor cuma sedia mempertimbangkan Parlimen Pagoh, yang diduduki Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.

“Kerusi-kerusi lain minta maaf ya,” katanya. “Kalau mereka nak juga, kena berlawan dengan kita pada PRU-15 nanti.”

Artikel berkaitan