Membubarkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Apakah agenda menghapuskan hak istimewa Melayu/Bumiputera sedang dilaksanakan?
Terkejut apabila saya mendengar ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang disiarkan dari Parlimen berkaitan usaha dan cadangan untuk membubarkan AMANAH IKHTIAR MALAYSIA ( AIM)
Saya tertanya atas dasar apa cadangan untuk membubarkan AIM yang hampir 30 tahun telah dilaksanakan dan diwujudkan dari tahun 1987 untuk tujuan membantu rakyat miskin dengan konsep memberikan kail bukannya ikan.
Pinjaman ini merupakan pembiayaan mikro yang diberikan kepada peniaga kecil atau rakyat miskin untuk memulakan perniagaan dan terbukti telah berjaya mengeluarkan golongan miskin ini dari kemiskinan.
Kebanyakan pemimjam AIM ini dari golongan wanita.Ada dikalangan mereka yang terdiri dari pada ibu tunggal yang menyara hidup keluarga mereka dari hasil perniagaan kecil-kecilan hasil modal dari AIM dan ternyata mereka boleh menyara keluarga mereka dari bantuan ini.
Sehingga kini seramai 379,824 merupakan ahli yang mendapat manfaat dari pinjaman AIM ini yang melibatkan RM 20.2 billion.Apa yang kita harus tahu ialah kadar bayaran balik AIM ini ialah sebanyak 98.25%.
Dengan kata lain bantuan ini tidak membebankan kewangan kerajaan pun kerana peratus bayaran balik itu amat memuaskan dan hampir 100%.
Asas kepada penubuhan tabung ini jelas untuk membantu rakyat miskin.Apakah rasional Kerajaan PH mahu membubarkan AIM hari ini setelah 30 tahun.Jika dasar dan pembiayaan ini tidak baik apakah Kerajaan BN dulu tidak mengkaji dan diteruskan untuk tempoh 30 tahun.Jika pinjaman ini memberikan masalah kepada kewangan negara sudah pasti Kerajaan BN dulu tidak meneruskan skim dan pembiayaan sebegini.Oleh sebab kesan dan kejayaan skim pembiayaan ini yang berjaya membantu rakyat miskin dan peniaga kecil yang mahu memulakan perniagaan maka Kerajaan BN dahulu meneruskan pembiayaan ini.
Saya amat yakin bahawa Pemimpin PH hari ini lebih mementingkan kantung poket mereka dari memikirkan bantuan dan cara bagaimana mahu mengeluarkan rakyat dari istilah kemiskinan.
Alasan yang diberikan Menteri untuk membubarkan AIM ini disebabkan berlaku pelanggaran Akta Pemegang Amanah ( Pemerbadanan) atau Akta 258 kerana mewujudkan Anak Syarikat.
Bagi saya, jika ianya bermasalah dari sudut perundangan atau pelanggaran Surat Ikatan Amanah maka Kerajaan PH seharusnya membetulkan dan menyelesaikan permasalahan itu dan bukannya mengorbankan atau meletakkan beban itu kepada rakyat dan peminjam.Ianya tidak adil.Seharusnya Kerajaan PH memikirkan cara dan kaedah untuk membetulkan masalah yang timbul bukannya membubarkan satu skim pembiayaan yang telah terbukti berjaya dan berkesan membantu golongan miskin.
Saya mendesak agar Kerajaan PH menarik balik cadangan membubarkan AIM ini kerana ianya bakal memberikan kesan ekonomi kepada ratusan ribu rakyat miskin dan purata bumiputera.Saya menentang keras apa jua unsur atau bentuk penghapusan keistimewaan keatas bumiputera yang sedang dilakukan oleh Kerajaan PH.
Jika rasionalnya kerana Pelanggaran Surat Ikatan Amanah maka AIM akan dibubarkan.Adakah FELDA malah Tabung Haji juga akan dibubarkan kerana perlanggaran prosedur perniagaan atau salah tadbir urus mereka atau mungkin jika MAS rugi kerana perlanggaran etika perniagaan mereka maka MAS juga akan dibubarkan?
Jangan hanya kerana lantainya reput kita merobohkan sebuah rumah.Jangan kerana nyamuk kelambu pula dibakar.Ini kebenaran dan hakikat kepada Kerajaan PH hari ini yang tidak mempedulikan kesan kepada rakyat tetapi hanya memikirkan agenda Bangsa DAP yang semakin jelas sedang menghapuskan kesemua bentuk bantuan dan keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera yang telah dilaksanakan Kerajaan BN terdahulu kerana dendam dan kuasa yang ada ditangan mereka.
#bangkitpertahanhakmelayu
#tentangbangsadap
ISMAIL SABRI YAAKOB
NAIB PRESIDEN UMNO