Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

PAC temui pelbagai masalah dalam projek ‘kereta terbang’

KUALA LUMPUR: Projek ‘kereta terbang’ yang selama ini didakwa sebagai inisiatif pihak swasta, telah menerima suntikan dana daripada kerajaan sebanyak RM20 juta menerusi Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT).

 

Perkara itu didedahkan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pembangunan mobiliti udara hari ini, yang mengesahkan MIGHT, syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), meluluskan pelaburan itu dalam syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (AVSB).

 

“Walaupun Menteri Pembangunan Usahawan (Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof) menyatakan projek kereta terbang adalah inisiatif swasta dan tidak gunakan dana kerajaan, PAC mendapati MIGHT meluluskan pelaburan dalam AVSB sebanyak RM20 juta.

 

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengesahkan dana itu telah disalurkan oleh VTSB (VentureTech Sdn Bhd – subsidiari milik penuh MIGHT) kepada AVSB pada 1 November 2019,” kata laporan itu yang boleh diakses menerusi portal rasmi PAC.

 

Laporan itu turut mendapati Mohd Redzuan mengumumkan projek itu terlalu awal tanpa perancangan teliti serta tidak memaklumkannya kepada Kabinet, selain mendapati ia adalah projek swasta, bukan projek nasional seperti diuar-uarkannya.

 

Selain itu, Mohd Redzuan juga mempromosikan AVSB secara terbuka sejak Februari lalu, sedangkan kerajaan belum melaksanakan pematuhan piawaian kewangan, hak milik intelek, kepakaran dan kapasiti membangunkan kereta terbang terhadap syarikat berkenaan.

 

PAC turut mendapati AVSB membangunkan prototaip di Jepun kerana negara itu memiliki ekosistem dan kemudahan membina kereta terbang, sedangkan Mohd Redzuan memaklumkan syarikat itu menggunakan teknologi tempatan.

 

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta MIGHT juga tidak dirujuk langsung dalam menentukan hala tuju pembangunan mobiliti udara, dan tiada undang-undang sedia ada berkaitan kawal selia dan penggunaan kereta terbang di Malaysia,” jelas laporan itu.

 

Sehubungan itu, PAC mengemukakan enam syor penambahbaikan, antaranya meminta Jabatan Akauntan Negara (JAN) mengaudit pelaburan RM20 juta itu, selain menggesa VTSB memantau perbelanjaan dibuat AVSB bagi memastikan dana berkenaan digunakan bagi tujuan ia diluluskan, dan bukan untuk projek kereta terbang.

 

Selain itu, sesuatu projek perlu dikaji dan dirancang secara teliti sebelum dihebahkan kepada umum bagi mengelak persepsi negatif dan kritikan masyarakat.

 

Kementerian Pembangunan Usahawan turut dinasihatkan mewujudkan kerjasama dengan kementerian, jabatan dan agensi lain, serta membuat pematuhan piawaian yang lengkap sebelum membuat pengumuman dan keputusan.

 

“Kertas Kabinet yang lengkap dan sempurna perlu disedia dan dibentang dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat kelulusan bagi perkara membabitkan kepentingan rakyat dan negara,” jelasnya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...