Nga Kor Ming belum sempat nak lapor polis terhadap saya, tetapi pihak DYMM Sultan Selangor sudah lapor polis terhadap Nga atas isu yang sama – Najib Razak
“The Malaysian Insight difahamkan laporan tersebut dibuat oleh pengiring Sultan Selangor atas arahan baginda di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam pagi ini.”
Bekas perdana menteri Najib Razak menyarankan kerajaan mengambil tindakan terhadap Nga kerana menghasut warga Cina untuk membenci Sultan Selangor melalui tulisan itu.
Pengerusi DAP Perak itu menafikan tuduhan itu dan mendakwa laman Facebook dengan nama ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ dalam bahasa Cina itu tidak dikendalikan olehnya atau DAP.
Bagaimanapun, Najib kemudiannya menunjukkan hasil kajiannya yang menunjukkan laman Facebook tersebut sememangnya milik Nga sejak tahun 2009 lagi dengan menjejak versi suntingan laman tersebut. ”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/187213
Beranikah Nga membuat kenyataan akhbar untuk tuduh pihak Sultan Selangor fitnah dia dan minta taubat seperti apa yang Nga kata tentang saya tentang posting itu?
Facebook Najib Razak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156384622605952&id=157851205951