Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

[Video] Najib dedah Kit Siang cadangkan penubuhan Bersatu

“Saya sudah jumpa orang yang hadir pada mesyuarat berkenaan, orang itu hari ini sudah bersama kita. Banyak kali dia datang jumpa saya dan memaklumkan yang mencadangkan Bersatu ditubuhkan adalah Lim Kit Siang.

PENDANG – Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan mengenai asal usul penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah hasil cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Bekas Perdana Menteri itu mendedahkan perkara tersebut semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pendang di sini malam tadi sekali gus sebagai reaksinya terhadap pelawaan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini yang mempelawa parti-parti politik Melayu menyertai Bersatu.

Dakwanya, cadangan Kit Siang itu dilontarkan dalam satu mesyuarat bersama Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin lain sebelum tertubuhnya Bersatu yang kemudian menyertai Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya.

“Saya hendak dedahkan asal usul parti bunga ini (Bersatu) ditubuhkan. Saya belum pernah cerita lagi, malam ini, saya hendak cerita siapa agaknya yang mencadangkan penubuhan Bersatu ini.

“Saya sudah jumpa orang yang hadir pada mesyuarat berkenaan, orang itu hari ini sudah bersama kita. Banyak kali dia datang jumpa saya dan memaklumkan yang mencadangkan Bersatu ditubuhkan adalah Lim Kit Siang.

“Ayat Lim Kit Siang “Tun apa kata anda tubuhkan satu parti Melayu baharu”. Maknanya dalam kepala DAP, Kit Siang hendak jatuhkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN), pecah belahkan orang Melayu, peralatkan orang Melayu sendiri dan gunakan orang Melayu sebagai alat untuk menjatuhkan orang Melayu sendiri.

“Saya boleh sahkan, ini bukanlah andaian, ini telah berlaku dan akibatnya bila 10 peratus undi UMNO berkurangan (tidak mengundi BN), sudah cukup untuk kita tumbang dalam pilihan raya lalu,” katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaakob.

Justeru Najib mempersoalkan siapa sebenarnya yang memecah belahkan orang Melayu dan termakan dengan hasutan DAP.

“Sebab itu hari ini, bukanlah kita hendak masuk bersama Bersatu, tetapi kita perlu memperkukuhkan UMNO kerana inilah satu-satunya parti bersama Pas yang menyelamatkan masa depan kita,” katanya.- UTUSAN ONLINE

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/zRi7x8wFY2A

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...