Sunday, April 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Najib bogelkan Anwar Ibrahim

Biar saya jawab ulasan bakal PM5/6/7/8/9 petang tadi tentang pakej rangsangan ekonomi diumum PM8.

Kerajaan PN tak payah jawab. Biar saya jawab.

Menteri-menteri PN teruskan buat kerja yang sepatutnya dalam tempoh PKP ini.

Ulasan bakal PM5/6/7/8/9 boleh diringkaskan begini

1. Adakah negara kita cukup duit untuk pakej rangsangan ekonomi?

Jawapan saya: Cukup. Kalau tak cukup, mereka tak akan umum kerana mereka perlu bayar.

Bila tak cukup, kerajaan masih ada ruang besar untuk meminjam kerana jumlah kekayaan atau “liquidity” dalam negara masih tinggi.

Masa kita tidak ada krisis, jika kerajaan PH mampu pinjam RM140 bilion dan jarah RM104 bilion dari Rizab Petronas serta jual aset negara sebanyak RM40 bilion tetapi ekonomi kita tak hancur (kerana PN ambil alih kerajaan), apa salahnya kerajaan PN belanja RM22 bilion serta memberi suntikan RM250 bilion melalui pelbagai cara lain untuk mendepani krisis ini apatah lagi ia benar-benar untuk rakyat dan negara?

Ianya juga tidak bermakna jika penarafan kredit negara diturunkan penarafan akibat pakej rangsangan ekonomi ini kerana penarafan negara dunia lain juga diturunkan.

Sebab itu, saya tak tengok syarikat penarafan kredit antarabangsa akan menurunkan penarafan kredit kita pada keadaan luar biasa yang melanda seluruh dunia seperti kini.

2. Apakah akan terjadi apabila bantuan dari pakej rangsangan habis dibayar. Sebab itu, kita patut berdebat dua hari dalam Parlimen.

Jawapan saya: Bakal PM5/6/7/8/9 perlu faham bahawa cabaran kali ini adalah amat luar biasa dan unprecedented.

Biasanya, kemelesetan ekonomi disebabkan oleh permintaan yang turun. Kali ini, kedua-dua permintaan (demand) dan bekalan (supply) menjunam. Bukan hanya di Malaysia tetapi di hampir seluruh dunia.

Tambahannya ialah ramai rakyat dari golongan pendapatan rendah sudah hampir tiada wang untuk beli makanan dan barangan asas kerana sebulan tidak dapat bekerja.

Sebab itu, kita mesti bertindak pantas. Kita beri keutamaan untuk memberi bantuan segera kepada seramai rakyat kita bagi membantu mereka serta memulihkan permintaan.

Kita suntik wang dalam ekonomi supaya permintaan dalam ekonomi boleh memulih dan Rakyat mampu membeli semula. Dan ini sendiri akan menggerakkan ekonomi domestik.

Apabila ini berlaku, pembekal dan perniagaan juga mendapat suntikan apabila Rakyat membeli semula.

Dan apabila perniagaan jalan dan perolehan stabil, mereka tidak akan mengurangkan pekerja mereka dan mereka lebih cenderung untuk menambah pekerja jika perlu. Dan pekerja pula akan dapat gaji dan mereka juga akan berbelanja.

Dengan itu, bekalan (supply) juga akan mula pulih.

Sebab itu, keutamaan sekarang ialah kelajuan dan kecekapan kerajaan untuk menyalurkan dan melaksanakan segala bantuan yang diumumkan.

Itulah priority. Kerajaan buat dulu.

Jangan perlambatkan usaha ini dengan menuntut debat 2 hari dalam parlimen (2 dari ahli parlimen anda sudah positif Covid dan ramai lagi yang disuruh kuarantin. Korang jangan nak jangkitkan kita pulak).

Lagipun dalam masa kritikal ini, ianya lebih baik untuk tersalah bayar dua orang yang tidak patut dibayar berbanding gagal membantu seorang yang amat memerlukannya sekarang.

Jika ada salah laku dalam pakej rangsangan ini, korang boleh bangkitkan apabila sesi parliamen berlangsung semula pada bulan Mei. Dan kita berdoa agar negara kita pulih sepenuhnya menjelang Mei ini.

3. Adakah bantuan kerajaan kepada SME patut ditambah baik?

Saya setuju bahawa kerajaan masih mampu memberi lebih banyak bantuan kepada SME.

Namun, pakej bantuan tambahan kepada SME boleh diumumkan kemudian. Ia tak bermakna ia terhenti setakat itu sahaja. Kerajaan masih ada upaya dan kemampuan.

Tiada siapa kata pakej-pakej rangsangan ekonomi tambahan tidak boleh dilaksanakan kemudian atau terhenti setakat itu sahaja.

Saya percaya kerajaan PN juga sedar. Biarlah mereka rancang bantuan tambahan dan umumkan bagi SME nanti.

Tapi jangan kacau pakej rangsangan yang sudah diumumkan semalam. Sebaliknya, anda perlu menyokong segala usaha kerajaan terutama barisan hadapan dalam mengemudi dan mendepani wabak serius ini.

Facebook Najib Razak

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...