Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Najib Berjaya Jimat Wang Rakyat RM20 bilion Setahun

KUALA LUMPUR – BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyelamatkan RM20 bilion setiap tahun bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan menyingkirkan amalan ‘sweetheart deals’ yang dipraktikkan sebelum pentadbirannya bagi pengeluar Penjana Tenaga Bebas atau Independent Power Producer (IPP).

Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, beliau mengesahkan bahawa Najib telah menyelesaikan isu kontrak TNB-IPP yang ‘kucar kacir’ dengan menggunakan anak syarikat 1MDB untuk membeli beberapa IPP.

Tambah beliau, 1MDB Energy Holdings Sdn Bhd telah membeli lebih banyak IPP seperti Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Legenda Sdn Bhd untuk menyediakan tawaran tender IPP yang lebih baik dan kompetitif untuk TNB.

Melalui tawaran TNB-IPP yang kompetitif, Najib menyelamatkan berbilion-bilion wang rakyat dan menjadikan harga menjadi lebih murah untuk TNB, sementara kerajaan persekutuan tidak lagi menggunakan wang yang banyak untuk menyediakan subsidi tenaga.

Pada hari ke-17 perbicaraan Najib-1MDB juga, Shahrol mendedahkan Hakim Collin Lawrence Sequerah sebelum ini juga berkata ‘Najib telah menyelamatkan RM20 bilion wang rakyat setahun.’

Antara tahun 2008 dan 2018, Najib telah menyelamatkan wang rakyat hampir RM200 bilion dengan menghapuskan amalan ‘sweetheart deals‘ IPP yang tercemar dengan kronisme dan nepotisme.

‘Sweetheart deals‘ adalah amalan memberi anugerah projek kepada kroni atau kumpulan tertentu demi kepentingan tertentu.

Amalan ‘sweetheart deals’ IPP ini adalah amalan yang dimulakan Perdana Menteri ke-4 negara (PM4) Tun Mahathir Mohamad.

Terdahulu, bekas Pengerusi Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope secara terang-terang menentang penciptaan IPP pada tahun 1995 dan tidak berminat menandatangani perjanjian pembelian kuasa, atau power purchase agreement (PPA) dengan IPP.

Ia bertentangan dengan hasrat Mahathir pada ketika itu.

Ani Arope menarik diri daripada menandatangani perjanjian yang berat sebelah, yang didakwa perjanjian yang ‘mengikut tekak Mahathir’.

Kerana itulah wujud perancangan ‘black out’ seluruh negara pada tahun 1992 yang bertujuan mewujudkan IPP di negara ini.

Buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat yang menceritakan permulaan IPP, di mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Mahathir ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

Mahathir adalah lelaki di sebalik tabir kerakusan projek IPP.

Najib, kini menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Ahli Parlimen Pekan yang dikenali ‘bossku’ itu didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Disember 2014 manakala untuk semua tuduhan pengubahan wang haram antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Kini, boleh dibayangkan kenapa Mahathir, Pengerusi BERSATU itu menyerang Najib secara besar-besaran melalui isu 1MDB selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

Sumber

Home

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...