Monday, June 5, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Naib Pengerusi PH Muar letak jawatan

MUAR: Ketua Cabang PKR Muar, Naim Jusri mengesahkan peletakan jawatan sebagai Naib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Muar bagi memberi peluang kepada pimpinan lebih baik menerajui pakatan parti politik itu di Muar.

Naim yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor ketika dihubungi berkata, keputusan itu juga bagi memberi laluan rombakan organisasi PH Muar yang lebih berkesan.

“Ya, ada dan betul (menghantar surat perletakan jawatan) kita ada surat. Kita nak supaya semua ini ada rombakan semula dari segi kepemimpinan (di peringkat PH Muar).

“(Ia untuk) beri ruang kepada pimpinan lebih baik. Kita sudah bermesyuarat di peringkat Muar dan dalam surat sudah nyatakan (alasan peletakan jawatan),” katanya ringkas ketika dihubungi BH, hari ini.

Naim yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang turut memberikan salinan surat peletakan jawatannya yang bertarikh 19 November lalu yang dikemukakan kepada Pengerusi PH Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam surat peletakan jawatan itu, Naim berkata Biro Politik PKR Cabang Muar sudah bermesyuarat pada 18 November lalu dan mengambil ketetapan untuk beliau meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi PH Muar bagi memberi laluan rombakan organisasi yang lebih berkesan.

“PH Muar mempunyai sejarah yang panjang dan digerakan dengan penuh muafakat. Namun sejak kemenangan pada pilihan raya umun (PRU) lalu, organisasi ini menjadi lesu dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

“Tiada penyusunan gerak kerja sebagai satu pasukan yang selaras dengan falsafah kita sebagai satu keluarga dan susah sama-sama susah,” katanya dalam surat peletakan jawatannya.

Dalam surat itu juga, beliau berkata perkara itu menyebabkan keresahan di peringkat akar umbi dan seterusnya menyebabkan sokongan terhadap PH semakin terhakis.

“Justeru adalah dicadangkan supaya pucuk pimpinan PH Muar perlu disusun semula.

“PH Muar juga tidak perlu dipimpin oleh wakil rakyat supaya fokus yang lebih baik dapat diberikan kepada gerak kerja mengikut peranan masing-masing,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...