Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Muhyiddin paksa Umno pilih Hishamuddin sebagai TPM kata bekas ahli UMNO yang di pecat

Berita di kutip dari portal berita yang hendak memecah belahkan UMNO. Kutip kenyataan bangang ahli UMNO yang telah dipecat dan mengaku orang kanan Najib kononnya. Lepas itu orang UMNO baca tajuk dan gaduh sama sendiri, kutuk pemimpin sendiri terutamannya macai ikut-ikutan H2O..

Gaduh rebut jawatan Timbalan Perdana Menteri buat apa? Lebih baik buat strategi rampas jawan Perdana Menteri.

………………………………
Muhyiddin paksa Umno pilih Hishamuddin sebagai TPM

Umno mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memaksa mereka agar menerima Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai timbalan perdana menteri, dakwa orang kanan Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Lokman Noor Adam dalam siaran langsung menerusi facebook beliau malam tadi mendakwa, ia dimaklumkan Muhyiddin kepada Umno petang semalam.

“Pagi semalam Muhyiddin kata, beliau sedia terima siapa sahaja sebagai timbalan perdana menteri dari Umno kecuali Zahid Hamidi.

“Hari ini dia paksa Umno terima Hishamudidn Hussein pula jadi TPM,” dakwa Lokman, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam siaran itu.

Hishamuddin disifatkan oleh pemimpin dan ahli Umno sebagai individu yang menikam mereka dari belakang selepas mengetuai komplot membawa para ahli parlimen dari Umno lari meninggalkan mereka dan menyertai Bersatu ketika beliau masih kekal dalam parti itu.

Hishamuddin juga merupakan besan kepada Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Ketua Penerangan Bersatu yang juga bekas timbalan Presiden PKR yang mengkhianati parti itu.

Seorang aktivis Umno, Zaharin Mohd Yassin juga menzahirkan bantahan kepada cadangan Muhyiddin untuk memilih Hishamuddin.

“Mengkhianati Umno hanya merugikan ahli parti. Tetapi yang ini pengkhianat negara. Bagilah pencerahan wahai pengkhianat Umno. Jangan sampai BN gunakan duit haram dalam aktiviti parti,” tulis Zaharin sambil meletakkan gambar Hishamuddin.

Malaysia Dateline difahamkan, perlantikan pemimpin Umno sebagai timbalan perdana menteri adalah sebahagian dari syarat yang ditetapkan Umno kepada Bersatu jika mereka mahu sokongan dari Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Dalam siaran yang sama, Lokman turut mengecam Muhyiddin yang terus bermain politik ketika Yang Dipertuan Agong memberikan titah agar ahli politik tidak lagi berbuat demikian tetapi berusaha mempastikan agar Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan diluluskan.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) turut mengesan perkara yang sama apabila mereka tidak pernah dipanggil untuk berbincang bagi membolehkan Belanjawan 2021 diluluskan apabila dibentangkan nanti.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk berbincang. Perkara yang sama turut dinyatakan oleh pemimpin AMANAH. – MD

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...