Cuba tengok rentetan peristiwa yang berlaku…
1. Lokman Adam bocor maklumat bahawa ada rancangan utk bergabung dengan mahathir (maksudnya perancangan sudah bermula awal)
2. Muafakat Nasional (MN) menafikan untuk bergabung tetapi menyatakan sokongan kepada mahathir (tindakan diambil kerana bilangan kerusi belum cukup untuk mahathir bubarkan kerajaan)
3. MN bercadang untuk usul undi percaya pada Perdana Menteri (PM) – (tak pernah dibuat pembangkang usul undi percaya)
3. Disebabkan undi percaya ini anwar bertindak menekan mahathir supaya peralihan kuasa dibuat secepat mungkin
4. Semasa mesyuarat Presiden Pakatan Harapan (PH), Mahathir telah dihentam teruk oleh semua Presiden parti PH meminta dia untuk melepaskan jawatan (mahathir bertindak untuk tidak menghiraukan kemahuan sekutunya dan mengumumkan dia akan melepaskan jawatan ikut kemahuan dia)
5. Akibat tekanan dari PH, mahathir bertindak meletakkan jawatan dan membubarkan kerajaannya sendiri. (Akibatnya kerajaan tumbang dan tiada Perdana Menteri rasmi hanya interim)
6. Kuasa kembali kepada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk melantik PM baru atau membubarkan parlimen.
Kalau kita tengok balik… Setiap yang berlaku sebelum ini memang berlaku secara kebetulan ke?
Kebetulan MN setuju nak gabung dan terus mahathir jatuhkan kerajaannya sendiri?
Kebetulan MN nak bergabung, terus PPBM dan PKR terbelah dua?
Kebetulan MN dapat majoriti tiba-tiba mahathir nak DAP join sekali?
Kebetulan mahathir bubar kerajaannya sendiri, kuasa kembali ke tangan YDPA?
Rasanya tak… Setiap yang berlaku adalah kerana keangkuhan mahathir, kegelojohan pemimpin PH dan kelicikan pemimpin MN.
MN tahu hanya dengan kuasa PM sahaja parlimen boleh terbubar. Mahathir menganggap MN ini bodoh dan tamak sehingga senang dikawal dan dia tidak teragak-agak untuk meletak jawatan dalam sekelip mata selepas ditekan oleh pemimpin-pemimpin PH.
Tapi akibat dari keputusannya, dia hilang jawatan PM tetapi sokongan yg ada padanya masih belum cukup untuk menjadikannya PM semua. Tindakannya juga telah menyebabkan PPBM dan PKR terbelah dua.
Hasilnya sekarang, kuasa sudah ada di tangan YDPA.
Tiada mana2 pihak yg dapat membentuk majoriti bagi membentuk kerajaan baru. Dan kita berpeluang utk mengadakan PRU 15 lebih awal dari sepatutnya (ada yang hendak tunggu 3 tahun itu sanggup ke?).
Jadi fikir-fikir lah… Bijak atau tidak bijak pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO yang ada sekarang ni?
Akhir kata… Hargailah pemimpin yang ada sekarang.
Jangan jadi seperti apa yang sudah berlaku kepada Dato Seri Najib, masa memimpin dihina. Bila sudah jatuh baru hendak dipuja.