MIC telah memutuskan bahawa parti itu tidak menerima permintaan untuk menjadi sebahagian daripada rancangan atau tuntutan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
Jawatankuasa Pengurusan MIC yang diketuai oleh Tan Sri SA Vigneswaran telah memutuskan bahawa parti itu tidak menerima permintaan untuk menjadi sebahagian daripada rancangan atau tuntutan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru.
Kami berpegang teguh pada keputusan pemimpin komponen Barisan Nasional terutama Anggota Parlimen untuk menyokong kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional.
Oleh yang demikian, MIC mengulangi pendirian parti kami untuk memberikan sokongan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Datuk M.Asojan Muniyandi
Setiausaha Agung
Malaysian Indian Kongress (MIC)
MEDIA STATEMENT BY THE MIC MANAGEMENT COMMITTEE
11 OCTOBER 2020
Posted by Malaysian Indian Congress மலேசிய இந்திய காங்கிரஸ் on Sunday, 11 October 2020