Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Menteri Luar ASEAN akan bertemu di Washington Sebelum Sidang Kemuncak dengan AS

Menteri-Menteri Luar Asia Tenggara akan mengadakan pertemuan ‘tidak rasmi’ di Washington pada Rabu bagi membincangkan langkah ke arah junta Myanmar menunaikan ikrar mengembalikan negara itu kepada demokrasi, demikian menurut Kementerian Luar Malaysia.

Pada satu pertemuan yang berlangsung pada petang sebelum sidang kemuncak dua-hari A.S-ASEAN di ibu negara Amerika, Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah akan memanggil pertemuan tidak rasmi di kalangan Negara-Negara Persatuan Asia Tenggara dengan wakil Kerajaan Penyatuan Kebangsaan (NUG) yang terdiri daripada rakyat awam, menurut kenyataan kementerian itu pada Isnin.

“Pertemuan itu akan berlangsung pada 11 haribulan di Washington,” ujar jurucakap Kementerian Luar Malaysia kepada BenarNews.

“Ia akan berlangsung secara bersemuka memandangkan kebanyakan pemimpin akan berada di sana.”

Pegawai berkenaan turut mengesahkan yang Saifuddin telah memaklumkan media tempatan, The Star, yang pertemuan 11 Mei akan berlangsung secara tidak rasmi dan akan membincangkan perihal berkaitan pasca-rampasan kuasa di Myanmar.

“Kami akan mengutarakan beberapa pandangan mengenai bagaimana kami dapat memastikan 5PC ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” ujarnya dalam satu temubual pada Sabtu, lapor akhbar Straits Times di Singapura.

Saifuddin merujuk kepada persetujuan bersama lima-perkara yang dipersetujui di kalangan ahli-ahli ASEAN, termasuk junta Burma, yang telah menggulingkan kerajaan awam pimpinan Aung Sa Suu Kyi pada Feb 1, 2021, tiga bulan selepas partinya memenangi pilihan raya semula dengan majoriti besar.

Kebanyakan para penganalisis bersetuju bahawa pelaksanaan persetujuan berkenaan, yang dicapai pada 24 April tahun lalu, adalah satu kegagalan yang besar. Wakil-wakil ASEAN yang dilantik oleh para pengganti yang mengambil alih peranan pengerusi blok wilayah itu, gagal mengadakan pertemuan dengan semua pihak berkepentingan, manakala pihak junta telah melakukan lebih banyak keganasan selepas mencapai persetujuan bersama.

Lebih 1,800 mangsa, kebanyakan mereka rakyat awam, telah dibunuh oleh pasukan keselamatan Myanmar sejak rampasan kuasa, dan hampir 11,000 individu telah ditahan, didakwa atau dijatuhi hukuman oleh regim tentera.

Persetujuan bersama yang dicapai itu telah mendesak kepada “penamatan segera keganasan”; dialog konstruktif melibatkan semua pihak; perbincangan mediasi melibatkan wakil khas pengerusi ASEAN; serta lawatan ke Myanmar oleh delegasi ASEAN, diketuai oleh wakil khas, untuk bertemu dengan semua pihak berkepentingan.

‘Libatkan NUG’

Dalam pada itu, Saifuddin, yang sebelum itu memaklumkan bahawa akan mencadangkan agar ASEAN memulakan dialog tidak rasmi dengan pihak NUG serta Majlis Perundingan Penyatuan Nasional (NUCC), mengulangi bahawa beliau akan mengemukakan cadangan berkenaan pada mesyuarat minggu ini. NUCC merangkumi wakil-wakil dari NUG, kumpulan-kumpulan hak asasi, organisasi etnik bersenjata, serta kumpulan-kumpulan penentang awam.

“Tidak mengapa untuk kita menunjukkan tidak memihak kepada mana-mana pihak namun kita perlu melibatkan [NUG] kerana menurut 5PC, kita perlu melibatkan semua pihak berkepentingan,” ujarnya.

Ini tidak memberi gambaran ASEAN memihak kepada mana-mana pihak, tegasnya. Pada penghujung April, Saifuddin dilaporkan berkata beliau telah menghubungi NUG.

“Kita sama sekali tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak. Kita perlu mengambil kira bahawa NUG adalah kerajaan yang telah dibentuk melalui proses pilihan raya dan NUCC adalah gerakan yang merangkumi semua organisasi, Ahli-Ahli Parlimen, badan-badan hak asasi, kumpulan-kumpulan etnik serta kumpulan dari wilayah-wilayah,” ujarnya kepada The Star.

Pandangan menteri luar Malaysia itu diutarakan lebih kurang seminggu selepas menteri luar kerajaan junta Myanmar telah menyatakan reaksi berang terhadap cadangan awal Saifuddin supaya ASEAN untuk berhubung secara tidak rasmi dengan NUG.

Pada 3 Mei, akhbar lidah kerajaan Global New Light of Myanmar melaporkan menteri luar junta sebagai berkata ia “membantah dan menolak” cadangan Menteri Luar Malaysia, kerana “ia berkemungkinan menggalakkan akiviti keganasan dan melanggar persetujuan antarabangsa berkaitan langkah memerangi keganasan.”

Dalam pada itu, sekumpulan Ahli-Ahli Parlimen Asia Tenggara pada Isnin menyeru ASEAN dan AS untuk mengambil peluang dalam pertemuan minggu depan untuk menggerakkan tindakan yang lebih tegas ke atas tentera Myanmar.

“Kami mendesak AS dan ASEAN untuk mengambil langkah yang lebih tegas berbanding pendekatan yang telah diambil setakat ini, termasuk menggantung keahlian Myanmar dalam kumpulan, mengenakan sekatan perjalanan di wilayah ini ke atas Min Aung Hlaing dan para jeneral beliau, serta sekatan bersasar ke atas para pemimpin rampasan kuasa,” ujar Ahli-Ahli Parlimen bagi Hak Asasi Manusia dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iskandar Zulkarnian di Kuala Lumpur turut menyumbang kepada laporan ini.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...