Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

#PRKTanjungPiai: Mengapa MCA dan Bukan UMNO…

Kepada semua penyokong UMNO dan orang Melayu. Musuh kita bukan MCA. Musuh kita adalah Pakatan Harapan (PH), lalu jangan kita tewas sebelum bertempur kerana konflik sesama kita. Kita mesti menang dalam persaingan kita dengan PH,” tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media hari ini berikutan ramai yang mempertikaikan keputusan Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk meletakkan calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

“Sama ada ia adalah keputusan terbaik dan betul, ia adalah keputusan yang mesti kita hormati. Yang paling penting ialah satu keputusan telah dibuat dan natijah dari keputusan itu adalah bergantung kepada usaha kita untuk menentukan kejayaan atau kegagalannya,” katanya.

Ujar beliau, tidak menyokong MCA akan merugikan UMNO dan PAS dalam jangka masa pendek dan panjang serta memenangkan PH pula akan memberikan hayat kepada BERSATU.

“Lalu pilihan kita hanya satu, iaitu mematikan BERSATU di Tanjung Piai walau siapa pun wakil kita kerana yang penting ialah, panglimanya masih UMNO dan PAS.

“Akhirnya, jangan kita lupa bahawa kemenangan adalah tentang kerja keras. Kerja keras kita di Tanjung Piai bukan sekadar untuk memenangkan UMNO, PAS dan MCA, tetapi yang lebih utama ialah memenangkan demokrasi.

“Maka bekerja keraslah kita untuk Tanjung Pai kerana itu lah sunnah orang berjuang. Mereka yang tidak putus asa, mereka yang tekun, mereka yang bersunguh-sungguh, pasti akan meraih kejayaan jua insya-Allah.”

Tegasnya lagi, beliau mempunyai beberapa sebab untuk mempertahankan keputusan menyokong MCA sebagai calon BN iaitu:

Pertama, Tanjung Piai bukan medan terakhir untuk UMNO. UMNO tidak akan mati hanya dek kerana ia tidak bertanding di Tanjung Piai.

Strategi UMNO untuk memerintah semula adalah lebih besar dan kompleks serta bukan diukur hanya dengan satu lagi kemenangan di Tanjung Piai.
Yakinlah, UMNO punya pelbagai medan lain untuk mempamerkan kehandalannya. Maka bersabarlah untuk kemenangan dalam pertempuran yang lebih hebat dan besar.

Kedua, UMNO dan PAS adalah gabungan yang sangat ‘formidable’. Namun, realiti politik di Malaysia ini, tidak boleh dipisahkan dari kemajmukan demografinya.
Undi Melayu sahaja tidak akan menjadikan kuasa politik Melayu itu unggul. Kemenangan kita mestilah kemenangan untuk semua oleh semua. Maknanya kita memerlukan sokongan pelbagai kaum.

UMNO dan PAS itu berdua dan berdua selamanya. Namun berdua sahaja tidak memadai dalam politik Malaysia. Kita mesti bertiga, berempat dan beramai-ramai.
Lalu memberikan laluan kepada MCA adalah untuk menjadikan UMNO dan PAS dan MCA itu bertiga dan bertiga selamanya dalam meraih kemenangan di hari muka.

Ketiga, UMNO telah membuktikan ia terus relevan melalui pelbagai kemenangan lepas. Tiba masanya untuk MCA pula membuktikan ia masih lagi ampuh.
UMNO dan PAS memberikan ruang di Tanjung Piai ini untuk MCA membuktikan ia masih punya hayat di persada politik Malaysia.

Jika MCA gagal di Tanjung Piai, maka MCA mesti memikirkan jalan hadapan kelangsungannya.
Apalagi bila ia bertanding di saat wibawa Kerajaan PH itu berada pada tahap yang sangat rendah dan menyusut drastik.

MCA mesti menggunakan segala peluang di Tanjung Piai untuk membuktikan bahawa orang Cina sudah mula kembali kepadanya.
Tiada lagi alasan bahawa Tanjung Piai adalah tentang kerusi tradisi atau menyelamatkan maruah dan air muka tokoh tertentu. Ia mesti tentang kekuatan sebenar. Dan MCA mesti membuktikan kekuatan sebenarnya di Tanjung Piai.

Keempat, dalam politik, aspirasi kita mesti diimbangi dengan hakikat yang nyata. Hakikat yang nyata dalam percaturan politik ialah, yang terkuat tidak harus menguasai semua. Tetapi harus memimpin semua dengan bertanggungjawab.

Yang lemah harus dibantu kerana bila yang lemah itu juga jadi kuat, maka yang kuat itu akan menjadi semakin unggul. Jangan lupa, bahawa saling membantu demi menguatkan kesemua itu amalan politik bertanggungjawab.

UMNO dan PAS tidak perlu bertanding semua kerusi untuk membuktikan ia gagah. UMNO dan PAS mesti memimpin, dengan rasa tanggungjawab, dalam membangunkan sinergi pelbagai aktor politik lain untuk membuktikan ia adalah ketumbukan politik yang kuat.
Bila UMNO dan PAS membantu MCA, dan memenangkan MCA, maka yang menang bukan MCA. Tetapi UMNO, PAS dan MCA, iaitu semua sekali.

Malah ia akan menjadi kemenangan berganda untuk UMNO dan PAS. Pertama, kerana ia memberikan ruang untuk MCA demi kesepakatan BN. Kedua, kerana tanpa UMNO dan PAS, tidak mungkin MCA akan berjaya. Dan ketiga, kerana UMNO dan PAS bertanggungjawab dalam tindakannya, mengiktiraf rakan dan mendorongnya untuk berjaya, dengan kerjasama ampuh. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...