Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Matlamat Tabung Haji di bawah kerajaan PH bukan lagi untuk memperkasakan ekonomi Ummah – Najib Razak

TH mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM500 juta bagi suku ketiga tahun ini, menjadikan keuntungan bagi tempoh sembilan bulan pertama meningkat kepada RM1.3 bilion.

TH turut merekodkan pendapatan berjumlah RM900 juta pada suku yang sama, menjadikan pendapatan bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019 melonjak kepada RM2.1 bilion.
https://www.bharian.com.my/…/tabung-haji-catat-untung-bersi…

Bila dibandingkan dengan tempoh-tempoh lalu, jumlah pendapatan setakat 9 bulan pertama telah menurun.
https://www.tabunghaji.gov.my/…/info…/data-statistik-5-tahun

Jumlah nilai aset dan jumlah nilai deposit TH juga telah jatuh.

Jika prestasi Suku ke-4 tidak jauh berbeza dengan prestasi suku 1 hingga suku 3, maka saya anggarkan jumlah keuntungan bersih untuk tahun 2019 adalah sekitar RM1.8 bilion.

Kalau kita ketepikan keperluan kos subsidi Haji atau menyimpan sebahagian dari keuntungan ke rizab TH untuk masa depan, maka jumlah keuntungan maksima yang boleh diagihkan untuk Hibah tahun 2018 adalah RM1.8 bilion.

Kita diberitahu bahawa jumlah deposit pada akhir suku ke-3 tahun 2019 adalah RM70 bilion.

Maka Hibah maksima tahun 2019 ialah RM1.8bilion bahagi RM70 bilion = 2.57%.

Dengan itu, saya anggar Hibah TH untuk tahun 2019 adalah di antara 1.5% hingga 2.5% jika prestasi suku ke-4 tak banyak berubah dengan 9 bulan pertama dan jika kerajaan PH tak menyuntik dana ke dalam TH untuk meningkatkan kadar Hibah – iaitu kadar Hibah kedua paling rendah dalam sejarah TH.

Namun, apa yang jelas ialah matlamat Tabung Haji di bawah kerajaan PH bukan lagi untuk memperkasakan ekonomi Ummah atau menambah kekayaan umat Islam.

(Saya tidak nyatakan jumlah aset dan jumlah liabiliti untuk tahun 2017 kerana PH tuduh kita dalam defisit walaupun jabatan audit masa BN kata tiada defisit)

Kepada RAYKAT yang masih percaya propaganda PH bahawa kerajaan BN memalsukan akaun untuk membayar dividen tinggi, saya ada empat soalan:

1. Adakah kerajaan BN memalsukan hutang untuk puluhan tahun berturut-turut (termasuk 9 tahun masa saya PM) untuk membayar Hibah yang tinggi?

2. Adakah prestasi Bursa Saham yang jatuh selepas PRU14 menjadi pasaran saham paling teruk dalam dunia tidak memberi apa-apa kesan kepada prestasi TH?

3. Dan jika BN memalsukan akaun untuk bayar hibah dari deposit, kenapa tidak ada seorang akauntan atau juruaudit pernah didakwa melakukan jenayah?

4. Kenapa PH tak tunaikan janji manifesto untuk membuat RCI ke atas Tabung Haji yang kononnya dirompak? Malah, siasatan PAC pun PH tak berani buat.

Sumber
Facebook Najib Razak

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...