Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Masa depan PH terletak pada DAP, punca pentadbiran sekarang huru-hara – Dr Shamsul Anuar Nasarah

Pengakuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan peranan besar DAP dalam pentabiran kerajaan PH membuktikan lagi bahawa parti itu sangat berpengaruh bagi kerajaan hari ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, sebelum ini beberapa pemimpin PH membuat penafian apabila ada yang mendakwa DAP menguasai kerajaan.

Namun katanya, selepas pengakuan yang dibuat sendiri oleh Dr Mahathir itu jelas membuktikan dakwaan terhadap DAP selama ini benar.

“Hakikatnya kita dapat melihat kekuatan DAP dalam Kerajaan PH apabila pemimpin DAP diberikan posisi atau peranan besar umpamanya Menteri di Kementerian Kewangan, Menteri di Kementerian Penerangan Dan Komunikasi, Kementerian Sumber Manusia dan beberapa lagi.

“Kita tidak rasis dalam soal ini kerana sewaktu Kerajaan BN juga ramai pimpinan MCA atau Gerakan yang mewakili kaum Cina diberikan peranan.

“Namun sikap DAP yang masih tidak berubah serta masih berpegang kepada prinsip lamanya menyebabkan banyak perkara yang menimbulkan perasaan tidak puas hati terutama dikalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera,” katanya memetik laporan Sinar Harian, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Lenggong itu lagi, beliau juga sukar mempercayai kenyataan Dr Mahathir bahawa DAP telah banyak berubah berikutan beberapa tindakan pemimpin parti itu dalam memperjuangkan beberapa isu sensitif.

“Kita boleh lihat beberapa isu yang berlaku misalnya isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD), isu kematian anggota bomba, penjualan banyak aset Tabung Haji (TH) dan benerapa agensi kerajaan yang lain.

“Ini semua menunjukan pengaruh DAP yang menentukan serta menyebabkan perkara ini berlaku,” katanya.

Dr Mahathir semalam membuat pengakuan bahawa DAP memainkan peranan penting dalam menentukan perkara membabitkan pentadbiran kerajaan dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Pengakuan itu dibuat dihadapan penyokongnya ketika hadir menyempurnakan perasmian Pejabat Bersatu Negeri Terengganu di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, semalam.

Katanya lagi, pada awalnya DAP merupakan parti seteru, namun keadaan berubah menjadikan parti itu sebagai rakan sekutu kepada Bersatu sehinggalah PH berjaya membentuk kerajaan selepas menang pada PRU14 Mei lalu.

LIHAT video:
https://youtu.be/7O2Ti2Wh_tk

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...