Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Mansuh RUU Antiberita Tidak Benar: Adakah Kerajaan Nak Kekalkan Budaya Fitnah, Adu Domba?

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melahirkan rasa tidak faham dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu memansuhkan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 di Parlimen.

Katanya, beliau berpendirian menolak pemansuhan RUU tersebut kerana RUU ini penting bukan hanya untuk melindungi pembangkang tetapi juga semua rakyat dan negara ini.

“Berita-berita tidak benar ini bukan sahaja boleh menjatuhkan individu tetapi juga boleh meruntuhkan sesebuah negara maka sebab itu ia perlu dikekalkan.

“Tapi saya tak faham kenapa kerajaan hari ini mahu memansuhkan RUU ini sedangkan ia penting. Adakah kerajaan hari ini mahu meneruskan budaya sewaktu mereka menjadi pembangkang suatu ketika dahulu yang seringkali mewar-warkan berita-berita yang tidak benar,” soal beliau ketika sesi perbahasan RUU tersebut dalam sidang Parlimen, hari ini.

Sebenarnya, kata beliau, rakyat diberi hak untuk bercakap dan sebagainya tetapi mestilah dibatasi oleh undang-undang maka sebab itulah undang-undang ini penting untuk membendung berita-berita tidak benar.

“Sebab itu saya tak faham kenapa akta ini nak dimansuhkan, apakah kerajaan hari ini mahu meneruskan amalan sebagaimana yang mereka lakukan dahulu sewaktu bergelar pembangkang? Fitnah, adu domba dan takut akta ini terkena ke atas diri sendiri. Saya beranggapan begitu kerana itulah tujuan akta ini diwujudkan.”

Tegas beliau, dalilnya ada iaitu apabila Menteri Kewangan pertama kali mengangkat sumpah pada 21 Mei 2018, memaklumkan bahawa hutang negara telah mencecah 1 trilion.

“Itu fitnah dan tak benar sama sekali. Sebenarnya jika digunakan akta ini maka sudah tentulah Ahli Parlimen Bagan akan didakwa kerana mengeluarkan berita yang tidak benar, dialah yang menjadi punca kepada pengeluaran berita yang tidak benar. Daripada pendirian dan percakapan beliau menjadikan negara begitu huru-hara dari segi aspek kewangan.”

Jelasnya, apabila kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan berkaitan dengan kewangan negara maka badan-badan kewangan antarabangsa sendiri telah menafikan apa yang dikatakan tersebut.

“Badan-badan penarafan antarabangsa memperakukan bahawa hutang negara hanya 686.8 bilion waktu itu tetapi Menteri Kewangan melalui sumber tidak benar yang akhirnya disambut oleh ramai lagi rakan-rakan mereka meneruskan berita-berita tidak benar.

“Saya fikir mereka mahu memansuhkan akta ini kerana mahu terus mengamalkan budaya yang mereka lakukan sebelum ini sehingga menyebabkan kejatuhan BN. Jatuh kerajaan BN dan naiklah kerajaan yang penuh dengan fitnah.”

Bidas beliau lagi, akibat pembohongan yang dibuat oleh Menteri Kewangan telah menjejaskan negara dan memberi kesan yang sangat buruk.

“Pelabur tak yakin kepada negara. Ketidakyakinan orang luar adalah berpunca daripada perkara yang tidak benar yang berlegar berkaitan negara, maka sebab itu RUU ini sangat penting,” tegas beliau lagi. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...