Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Mana Empat Orang Suspek Kes Adib? Menteri Sila Jawab Semula Di Parlimen 7 Oktober Nanti – Noh

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar berkata akan membawa semula soalan berkaitan keberadaan empat orang suspek yang terlibat dalam kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 7 Oktober ini.

Jelas beliau, pada sidang Parlimen yang lalu, soalan tersebut telah ditanya namun ia tidak tersenarai untuk dijawab oleh menteri yang berkenaan dengan jujur.

“Pada sidang Parlimen yang lalu, saya telah meminta Menteri Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menjawab di manakah empat orang suspek tersebut. Adakah masih berada dalam negara ataupun tidak. Namun sayangnya soalan saya ini tidak terpilih dan hanya dijawab secara bertulis.

“Saya sememang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kerana saya telah meramalkan kes ini akhirnya akan terbukti wujud unsur jenayah dan ternyata ramalan saya tepat.

“Persoalan sekarang ini adalah jika pihak polis mahu memanggil empat orang suspek tersebut, adakah mereka masih berada dalam negara?,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Noh, setelah Mahkamah Koroner Shah Alam mengesahkan bahawa kematian Allahyarham Adib sememangnya wujud unsur jenayah, rakyat mula tertanya-tanya di manakah keempat-empat orang suspek tersebut.

“Sandiwara dalam inkues kes Adib dan soalan ini akan saya bangkitkan kembali, kita tunggu apa jawapan menteri,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Disember tahun lalu empat lelaki dipercayai terbabit insiden pukul anggota bomba dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, dibebaskan daripada reman.

Majistret Nurshahirah Abd Salim di Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Minggu lalu, Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian Allahyarham Adib akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga.

Keputusan itu diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad selepas 41 hari prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib berlangsung.

Allahyarham Adib, yang merupakan anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...