Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Mahkamah menolak permohonan pihak pendakwa raya tuduh saya penipu – Najib Razak

Pagi tadi, pihak pendakwa raya memohon mahkamah untuk membicarakan saya dalam prosiding impeachment .

Kononnya saya bercanggah-canggah dan menipu dalam jawapan saya tentang tandatangan saya dalam keterangan mahkamah kes SRC yang mereka mendakwa berbeza dengan kenyataan yang saya beri kepada pihak SPRM semasa mereka menyiasat.

Kononnya saya tidak ada kredibiliti.

Kalau mereka menang dalam prosiding ini, maka keterangan saya sebagai saksi kepada kes sendiri mungkin digugurkan!

Alhamdulillah!

Hakim menolak permohonan mereka.

Kredibiliti saya tidak tercabar!

Hakim jelaskan bahawa saya telah memberi penjelasan mengenai perbezaan jawapan ini dan ianya tidak dapat disimpulkan sebagai perbezaan ketara dan ia tidak serius.

Saya telah jelaskan beberapa kali bahawa pihak SPRM cuma tunjukkan salinan (bukan dokumen asal) dokumen yang didakwa ada tandatangan saya.

Apa yang berlaku ialah pada permulaan kes SRC ini, pihak pendakwaan mengemukakan dokumen-dokumen bank kepada mahkamah sebagai bukti kes untuk menyokong kenyataan seorang saksi.

Pada mulanya, saksi Datuk Suboh mengesah kesahihan dokumen-dokumen tersebut serta mengaku bahawa ianya tandatangan beliau dalamnya.

Lalu, peguam saya berjaya membuktikan dalam mahkamah bahawa tandatangan saksi Datuk Suboh dalam 17 dokumen bank telah dipalsukan.

Akhirnya Datuk Suboh yang merupakan bekas pengarah SRC mengaku dalam mahkamah bahawa tandatangan dia telah dipalsukan.

“1 Jul 2019: Nik Faisal mungkin telah palsukan tandatangan saya – Datuk Suboh”
http://bernama.com/bm/news.php?id=1741222

17 dokumen ini bukan sebarang dokumen biasa tetapi ianya adalah surat arahan yang telah diterima oleh bank untuk memindah dana SRC bernilai puluhan juta ringgit.

Bayangkan 17 surat arahan dengan tandatangan palsu pun telah diterima oleh bank dan dimasukkan sebagai bukti rasmi kes!

(Yang peliknya, pihak pendakwaraya tak buat apa-apa pun tentang pendedahan bahawa 17 dokumen yang mereka serah kepada mahkamah mengandungi tandatangan yang dipalsukan seperti diakui oleh saksi mereka sendiri!)

Kerana ini, kita mula ragu dengan salinan dokumen-dokumen yang telah diberi kepada kita untuk pembelaan saya.

Selepas menyemak dokumen-dokumen mengandungi tandatangan saya yang diberi oleh pendakwa raya kepada kita, kita juga ragu bahawa ada beberapa dokumen yang tidak mungkin saya telah tandatangan kerana pada tarikh tersebut saya ada diluar negara.

Kita juga mendapati bukti bahawa ada dokumen yang kononnya mengandungi tandatangan saya dihantar kepada bank selepas 3 minit sahaja setelah diminta oleh bank.

Sebab itu, peguam dan saya berpendapat bahawa kita perlu pakar untuk mengesahkan dokumen-dokumen yang didakwa ada tandatangan saya dan kita telah memohon kepada mahkamah.

Najib Razak
6 Januari 2020

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...