Tuesday, April 13, 2021

Mahathir dinasihat fokus tunaikan janji, berhenti tunjuk hero bergaduh dengan negara besar

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
362,173
Kes keseluruhan
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
15,835
Total active cases
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
345,005
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
1,333
Jumlah kematian
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47

Semenjak beberapa hari ketika KL SUmmit 2019 berlangsung, Perdana Menteri seringkali mengkritik negara-negara lain terumata mengenai urusan dalaman negara-negara tersebut.

Perkara ini telah membuatkan ramai pemerhati politik, dan pakar ekonomi menzahirkan rasa bimbang kerana tindakan tersebut hanya akan merugikan seluruh rakyat Malaysia.

Menurut Presiden MCA Wee Ka Siong, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak boleh terus mengeluarkan kenyataan yang akan menyinggung negara lain sehingga menjejaskan Malaysia.

“Jika beliau terus bercakap sesuka hatinya, ia hanya menyinggung banyak negara besar lain dan pastinya ia akan memberi kesan kepada negara,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebooknya.

Katanya lagi, Mahathir perlu mengelakkan perbalahan dengan negara besar dan memberi tumpuan untuk membangunkan ekonomi, lebih-lebih lagi dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global yang akan menjejaskan ekonomi negara.

Sekarang bukannya masa sesuai untuk bergaduh dengan negara-negara besar yang kebanyakkannya rakan-rakan utama perdagangan.

Apatah lagi sekarang pelabur-pelabur kian lari meninggalakan Malaysia. Banyak syarikat-syarikat gergasi mahupun kecil sudah gulung tikar dan mahu memberhentikan ramai pekerja.

Kegagalan Kerajaan dibawah Tun Mahathir yang gagal memenuhi janji juga menyebabkan rakyat hidup semakin susah.

Wee merujuk kepada kenyataan Mahathir baru-baru ini berkenaan undang-undang baru kewarganegaraan India, yang disifatkannya sebagai menafikan kewarganegaraan kepada sesetengah orang Islam.

Kenyataan itu disangkal oleh India menerusi kementerian hal ehwal luarnya, yang menyifatkan kenyataan Mahathir sebagai tidak tepat dan menggesa agar Malaysia tidak mengulas soal dalaman negaranya.

Pada 21 Disember lalu, kerajaan India dilaporkan memanggil duta besar Malaysia di negara itu bagi menyampaikan bantahan rasmi.

Isu itu beberapa bulan selepas Mahathir membangkitkan konflik di Kashmir dan Jammu ketika Perbahasan Umum pada Sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) September lalu, yang turut dibantah India.

Wee turut membangkitkan kenyataan Mahathir berkenaan beberapa negara lain, antaranya apabila beliau berkata tentang “kolonialisme baru” ketika taklimat media bersama Perdana Menteri China Li Keqiang, ketika lawatannya ke Beijing pada Ogos tahun lalu, serta mempersoalkan isu jambatan bengkok dan harga air yang dijual kepada Singapura.

Mengulas lanjut, Wee berkata tindakan menjemput pemimpin Iran dan Qatar ke Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 minggu ini telah menjejaskan hubungan diplomasi Malaysia dan Arab Saudi.

“Melihat keadaan ini, seolah-olah malapetaka diplomatik kita tiada penghujungnya,” katanya.

Untuk rekod, Iran dan Qatar merupakan seteru Arab Saudi dan negara itu sebelum ini mengatakan sidang itu bukan platform yang betul untuk membincangkan isu umat Islam.

Wee juga membangkitkan kenyataan Mahathir terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam, yang menurutnya pasti mengundang reaksi Amerika Syarikat.

Ketika sidang media selepas penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, Mahathir berkata beliau “kalau boleh” mahu mengenakan sekatan kepada Trump, ketika membangkitkan tindakan negara besar yang menurutnya membuat keputusan sehala ketika mengenakan sekatan dagangan kepada negara yang lebih kecil.

Ketika itu, Mahathir menjadikan Iran sebagai contoh, yang menurutnya Malaysia kehilangan peluang untuk berdagang dengan negara itu ketika ia dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat.

“Hanya dengan mengekalkan hubungan diplomatik yang mesra dengan negara lain, kita boleh mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan untuk negara kita.

“Jika Mahathir terus menyinggung lebih banyak negara lain, generasi muda kita mungkin perlu membayar harga untuk apa yang telah dilakukannya.” soalnya.

Artikel berkaitan